Pengenalan

 

peta_jerantut.gif (33141 bytes)
Peta Daerah Jerantut 

Mukim Luas (Hektar) Bancian 1996
Burau 12170.02 3611
Kelola 5698.09 246
Kuala Tembeling 17353.29 2902
Pedah 24605.42 24063
Pulau Tawar 84435.45 23879
Tebing Tinggi 10878.18 3121
Teh 9583.16 8398
Tembeling 135718.33 6411
Hulu Tembeling 416997.16 2704
Jumlah 755771.93 83699

Taburan Penduduk Mengikut Mukim

Daerah Jerantut merupakan daerah terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi. (755,771.93 hektar). Ianya bersempadan dengan negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, daerah Temerloh dan Maran di Selatan, daerah Lipis dan Raub di Barat dan daerah Kuantan di Timur. Di daerah ini juga terdapat Taman Negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.  

Bandar utama ialah bandar Jerantut. Ianya terletak 200 km dari Kuantan dan 300 km dari Kuala Lumpur. Sungai Tembeling adalah sungai utama di sini. Percantuman Sungai Tembeling dan Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang.  

Dari segi sejarah, Jerantut terkenal dengan pahlawan unggul, Mat Kilau.  

Penduduk daerah Jerantut pada tahun 1996 berjumlah seramai 83,699 orang terdiri daripada Melayu 66,516 orang (79.47%), Cina 10,931 orang (13.06%), India 3,214 orang (3.84%), orang Asli 1809 dan bukan Warganegara 2,059 orang (2.46%).  

Daerah Jerantut terbahagi kepada 10 Mukim seperti jadual sebelah.  

Sebahagian besar daripada Daerah Jerantut iaitu 74.7% adalah terdiri daripada kawasan hutan yang meliputi kawasan Hutan Simpan dan Taman Negara.  

Pejabat Kesihatan Jerantut mula beroperasi pada tahun 1967. Pada masa sekarang pejabat ini beroperasi di pejabat lama Jabatan Kerja Raya Jerantut yang disewa dari Kerajaan Negeri Pahang. Sehingga sekarang, Jabatan ini memberikan pelbagai Perkhidmatan Kesihatan di bandar dan luar bandar.

 

Home ] Up ]

Sign My Guestbook Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR View My Guestbook  
Due to some problem, all my previous Guestbook entries are gone!!

Jerantut Health Department, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Tel: 6 09 2661905, Fax: 6 09 2665430. All that have been mentioned are based on my personal experience in Jerantut. Should you have any comment or suggestion, please email me at drj@pd.jaring.my or visit me at www.mohtrg.gov.my (Terengganu State Health Department Homepage).
Last updated: Monday, 18 September 2000