TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
بسم
الله الرحمن
الرحيم نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم KONSEP
NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU DALAM
KONTEKS WACANA SUNNI -
SATU PENGAMATAN AWAL OLEH: MUHAMMAD
‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)
Tulisan
ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang
ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri,
Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat
kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud”
dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala.
Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang
muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan sangkaan
yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan
kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din
al-nasihah” dalam hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya
sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah
tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang
bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti
anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari
kejernihan dan kebenaran dalam ilmu. Penulis
ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan
teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran
mereka yang pakar di dalamnya. Mudah–mudahan kita ini mengenali Nabi kita
sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat
rahmatNya. Amin. Kitab
Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh
Syaikh
Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq
al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa
tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama
Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan
Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001,
hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang
terkenal yang bermaksud: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka
Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka
mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga
dinukilnya hadith bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari
zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10).
Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya,
bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi.
Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan
orang mu’min dariku”. (ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya
sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan
sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada
nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:
“Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan
Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith yang
bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak
ini.” (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku
telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11). Kemudian
beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: “Perkara
yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11); dan yang
bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam”,
(ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang
diciptakan Allah ialah ruh-ruh” (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa
akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang
ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: “Perkara
yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku” (ibid. 11).
Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang
dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11). Mengikut
Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur
AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang
bermakna: “Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah
Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh
Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada -
uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang
dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan,
sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan. Kata
beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia
tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh,
dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian
orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu
dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik
dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13). Dan
dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada
malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan,
dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa
sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang
lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir
itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13). Kemudian
beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia,
setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air,
keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit.
Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan
bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya. Beliau
menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon
kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian
dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu,
lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak
itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya,
sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu
yang wajib atas umat Muhammad s.a.w. Kemudian
dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid.
15). Kemudian
Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung
merak
Kitab
“Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh: Antara
kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” Dalam
kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq
al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim
bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti,
dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya),
oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif,
Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada
halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh
al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata
beliau: “Sesungguhnya
telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu
pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok
Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok
Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada
permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan
dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas
pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin
kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik
oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan
terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu
berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala
daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan
daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan
daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan
daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan
daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang
keenam itu akan padi” (hal. 3). Kemudian
disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu
sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya.
Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana
malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya
Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala
bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan
anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya
dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid
dalam dunia. (hal. 3-4). Disebutkan
beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:
Kemudian
Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di
kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan
‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun. Kata
pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya
dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan
segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu. Kemudian
diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah,
dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan
rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil
tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang;
kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur
Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama
seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya;
yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian
makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada
dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang
lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan
menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan
berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang
melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut
menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu,
jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang
melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang
tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti
Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5). Beliau
menyebut hadith qudsi ( كنت
كنزا مخفيا
فأحببت أن
أعرف فخلقت
الخلق لاعرف
) Adalah
Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku
maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6) Kemudian
beliau menyebut hadith Nabi s.a.w. أول
ما خلق الله
تعالى نورى
وفى رواية
روحى Ertinya
yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu
riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah
subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut.
Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi: خلقت
الاشياء
لاجلك وخلقتك
لاجلى Ertinya:
Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan
dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah
suatu jua pun. (hal. 6)
Melalui
kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan
Muslimin sebelah sini. Bab
yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).
Kitab
al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi
oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh Kitab
ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang
dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang
tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar,
sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain
al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu
genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia
menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi,
pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada
umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai
disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian
tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan
daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf
nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha’,
sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan
atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa
ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal. Kitab
“Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu
oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka: Kitab
ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan
oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh
Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini
berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk
dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain
al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini
sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam
bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada
dalam kitab terjemahan ini. Kitab
Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh
Kitab
“Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab,
syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji”. Dalam mensyarahkan kata-kata
dalam “al-Barzanji” hal. 2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa
tarikh) bermaksud “Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud
ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”) yang mengalir dalam
tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada
Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun. Kemudian
kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya: “Bila
Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan
langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad,
maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga
sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah,
kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau
Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku
mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu
kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang
keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian
qalam … selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia
berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha
illa’Allah Muhammadun Rasulullah’ maka Qalam pun menulis yang demikian itu,
kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia
menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga
dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka; Kemudian
(ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam
Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka… Demikian
seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, … umat nabi Musa …, umat Nabi
‘Isa …, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., … kemudian bila Qalam
hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam
Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah,
maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan
sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat
dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua
dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya
mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur
Muhammad. Kemudian
dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy
sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada
belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam
Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur
Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di
belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur
kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam
meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka
malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu
diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka
bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada
Hawwa’, kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu
berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia
kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim
ibunya. (hal. 3). Perbincangan
tentang punca-punca konsep Nur Muhammad: Antara
punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam
Qur’an dan Sunnah. Dalam
al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (Al
Quran 5:15). Tentang
ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur
itu ialah “rasulullah s.a.w.”. "قَدْ
جَاءَكُمْ
مِنْ اللَّه
نُور"
هُوَ
النَّبِيّ
صَلَّى
اللَّه
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
"وَكِتَاب"
قُرْآن
"مُبِين"
بَيِّن
ظَاهِر Dalam
“Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini: "
قَدْ
جَاءَكُمْ
مِنْ اللَّه
نُور " أَيْ
ضِيَاء ;
قِيلَ
: الْإِسْلَام
, وَقِيلَ :
مُحَمَّد
عَلَيْهِ
السَّلَام ;
عَنْ
الزَّجَّاج
. Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an. Dalam
“Tafsir al-Tabari” “nur”: telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan
Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan. قَدْ
جَاءَكُمْ
يَا أَهْل
التَّوْرَاة
وَالْإِنْجِيل
مِنْ اللَّه
نُور , يَعْنِي
بِالنُّورِ
مُحَمَّد
صَلَّى
اللَّه
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
, الَّذِي
أَنَارَ
اللَّه بِهِ
الْحَقّ ,
وَأَظْهَرَ
بِهِ
الْإِسْلَام ,
وَمَحَقَ
بِهِ
الشِّرْك Dalam
“Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan: قَدْ
جَاءَكُمْ
مِنْ اللَّهِ
نُورٌ
وَكِتَابٌ
مُبِينٌ
" يَقُول
تَعَالَى
مُخْبِرًا
عَنْ
نَفْسِهِ
الْكَرِيمَةِ
أَنَّهُ قَدْ
أَرْسَلَ
رَسُوله
مُحَمَّدًا
بِالْهُدَى
وَدِين
الْحَقّ
إِلَى جَمِيع
أَهْل
الْأَرْض
Telah
datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi
khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad
dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi. Berkenaan
dengan ayat
119 Surah al-Syu’ara’ وَتَقَلُّبَكَ
فِي
السَّاجِدِينَ
Dan
perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud قَالَ
مُجَاهِد
وَقَتَادَة :
فِي
الْمُصَلِّينَ
. وَقَالَ
اِبْن
عَبَّاس : أَيْ
فِي أَصْلَاب
الْآبَاء ,
آدَم وَنُوح
وَإِبْرَاهِيم
حَتَّى
أَخْرَجَهُ
نَبِيًّا .
وَقَالَ
عِكْرِمَة :
يَرَاك
قَائِمًا
وَرَاكِعًا
وَسَاجِدًا
; وَقَالَهُ
اِبْن
عَبَّاس
أَيْضًا
Kata
Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud)
iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi
bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan
Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri,
ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian. Dalam
“Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan: وَتَقَلُّبَكَ
فِي
السَّاجِدِينَ وَقَوْله
تَعَالَى
"
وَتَقَلُّبك
فِي
السَّاجِدِينَ
" قَالَ
قَتَادَة "
الَّذِي
يَرَاك
حِين
تَقُوم
وَتَقَلُّبك
فِي
السَّاجِدِينَ
" قَالَ فِي
الصَّلَاة
يَرَاك
وَحْدك
وَيَرَاك
فِي الْجَمْع
وَهَذَا
قَوْل
عِكْرِمَة
وَعَطَاء
الْخُرَاسَانِيّ
وَالْحَسَن
الْبَصْرِيّ
وَقَالَ
مُجَاهِد
كَانَ رَسُول
اللَّه
صَلَّى
اللَّه
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
يَرَى
مِنْ خَلْفه
كَمَا يَرَى
مِنْ أَمَامه
وَيَشْهَد
لِهَذَا مَا
صَحَّ فِي
الْحَدِيث
" سَوُّوا
صُفُوفكُمْ
فَإِنِّي
أَرَاكُمْ
مِنْ وَرَاء
ظَهْرِي "
وَرَوَى
الْبَزَّار
وَابْن أَبِي
حَاتِم مِنْ
طَرِيقَيْنِ
عَنْ اِبْن
عَبَّاس
أَنَّهُ
قَالَ
فِي هَذِهِ
الْآيَة
يَعْنِي
تَقَلُّبه
مِنْ صُلْب
نَبِيّ إِلَى
صُلْب
نَبِيّ
حَتَّى
أَخْرَجَهُ
نَبِيًّا
. Firman
Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud. Kata
Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau
di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan
dan dalam jemaah. Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan
al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang Baginda
sebagaimana ia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi
yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu,
sesungguhnya aku melihat di belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar danb
ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat
ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang
lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia
menjadi penamat sekelian) nabi. Dalam
Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan
dengan ayat 5:15, kenyataannya ialah seperti berikut: (Berkenaan
dengan ayat yang bermaksud: “Telah datang kepada dari Allah nur dan kitab yang
nyata”)-nur yang
agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi yang
terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang kepada pendapat
ini, juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh (daripada
kebenaran) pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga) ialah nabi
salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘ataf
yang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu nur dan
kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi, kedua-duanya itu
adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak bahawa sebutan
itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam (iaitu Nabi
Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya,
maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369). Dalam
hubungan dengan ayat yang bermaksud: Tidaklah Kami mengutus engkau wahai
Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir
Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut: Hakikat
keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya
adalah dengan mengambil kira Baginda sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan
rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat)
daripada permulaan lagi; kerana itulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula
sekali dijadikan Allah; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang
dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith
“Allah taala Maha pemberi dan aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana
al-Qasim). Dalam
“Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang
ayat yang bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang
nyata” (15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur
(yang agung), nur dari segala nur, dan nabi yang terpilih-salla’llahu
‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli
bahasa yang terkenal itu) memilih pendapat ini…Dan pada sisiku tidak jauh (dari
kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya
merujuk kepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yang
digunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I (ulama
Mu’tazilah yang terkenal itu) (pada al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab itu merujuk kepada
Qur’an , adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.),
dan mungkin anda merasa teragak-agak untuk menerima pendapat ini dari segi
ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak
boleh menerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima
dari segi isayaratnya)…” (ibid. III. 369). Dalam
kitab yang sama, (Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang
bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai
rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya: “Hakikat
keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangt
wujud (“lil-jami’”) itu ialah dengan iktibar bahawa Baginda adalah
penengah –wasitah- bagi limpahan rahm at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”)
atas sekelian makhluk (“al-mumkinat”) dari awalnya, dan itu ialah kerana nur
Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal; maka
dalam hadith dinyatakan “perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur
nabi engkau wahai Jabir…” dan datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala
adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah –
Allah menyucikan asrar mereka - ada terdapat
huraian berkenaan dengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada
ini.” Kemudian
al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya “Miftah
al-sa’adah”. Katanya “Kalaulah tidak
kerana nubuwwat tidak akan ada langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat,
amal salih, dan kebaikan dalam hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan,
dan manusia akan berkedudukan seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang
memudaratkan, yang setengahnya berseteru dengan yang lainnya. Maka
setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesan nubuwwah, dan
tiap-tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yang akan berlaku adalah dengan
sebab terselindungnya kesan nubuwwah dan pengarjian tentangnya. Maka alam ini
adalah seumpamna jasad dan rohnya ialah nubuwwah, maka tanpa rohnya jasad itu
tidak akan ada dokongannya; kerana itu (bila tidak ada langsung kesan nubuwwah
dan pengajiannya) buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di atasnya akan
binasa, maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesan
nubuwwah (iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”. juz
9, hal. 100). Dalam
kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu di kalangan mereka
yang sujud” (al-Shu’ara 217-219), selain daripada maksud bahawa nabi
beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, dengan da’wahnya dan lainnya,
pengarang “Ruh al-Ma’ani” (jilid X.hal.135) menerangkan bahawa: “dan
daripada ibn Jubair bahawa maksud mereka itu ialah para anbia ‘a.s.s., dan
makna “melihat gerak-geri engkau sebagaimana gerak-geri mereka yang selain
daripada engkau dari kalangan para anbia ‘a.s. dalam mereka menyampaikan apa
yang diperintahkan kepada mereka, sebagaimana yang kamu lihat”, dan tafsir
tentang “mereka yang sujud” itu para anbia, diriwayatkan oleh satu jemaah,
antara mereka ialah Tabarani, al-Bazzar, dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas
juga , melainkan bahawa beliau itu –Allah meredhainya- menafsirkan
“gerak-geri engkau di kalangan
mereka” itu sebagai bermakna berpindah-pindahnya Baginda (sebagai Nur
Muhammad-UEM) dalam sulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –alaihis-salatu
wassalam- …’(ibid.X.135) Dalam
Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-Imam
Abul-Hasan ‘Ali bin Ahmad al-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang
bermaksud Telah datang kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitab yang nyata,
katanya nur ya’ni Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan Kitab
yang nyata ya’ni Qur’an …(Jilid II hal.196. Demikian
juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzil al-Musamma Mirah Labid
li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau
ulama Nusan tara, dari Bentan yang terkenal dalam abad ke-19) - di tepinya Tafsir
al-Wajiz karangan al-Wahidi- jilid II hal. 196 ada dinyatakan: Ayat
yang bermaksud Telah
datang (…dari Allah kepada kamu nur) yaitu Rasul iaitu Muhammad salla’Llahu
‘alaihi wa sallam (dan Kitab yang nyata) iaitu Qur’an… Dan
dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud: dan
pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud, yaitu Ia melihat gerak-geri kamu
dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan sujud serta duduk bersama-sama
mereka yang semb ahyang bila engkau menjadi imam dalam berjemaah dengan mereka,
dan dikatakan dan Ia melihat engkau berpindah –pindah dalam sulbi para
mu’minin dan mu’minat, semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada ‘Abdullah
dan Aminah; maka semua nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita Muhammad
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam lelaki dan perempuan, tidak termasuk syirik ke
dalamdiri mereka kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi) dalam
lelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu) daripadanya kepada orang
yang kemudiannya, maka m ungkin orang itu menyembah yang selain daripada Allah,
dan Azar (bapa nabi Ibrahim) tidak menyembah berhala melainkan selepas berpindah
Nur itu kepada Ibrahim, adapun sebelum berpindahnya (kepada Ibrahim) ia tidak
menyembah selain dari Allah…(ibid.II.119).
Hadith
berkenaan dengan Nur: Tentang
hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah: Dalam
Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith
‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah): (827
– أول
ما خلق اللهُ
نورُ نبِيكِ
يا جابر –
الحديث رواه
عبد الرزاق
بسنده عن جابر
بن عبد الله
بلفظ قال قلت:
يا رسول الله،
بأبي
أنت
وأمي، أخبرني
عن أول شيء
خلقه الله قبل
الأشياء.
قال: يا
جابر، إن الله
تعالى
خلق قبل
الأشياء نور
نبيك من نوره،
فجعل ذلك
النور يدور
بالقُدرة حيث
شاء
الله، ولم يكن
في ذلك الوقت
لوح ولا قلم
ولا جنة ولا
نار ولا ملك
ولا سماء
ولا
أرض ولا شمس
ولا قمر ولا
جِنِّيٌ ولا
إنسي، فلما
أراد الله أن
يخلق الخلق
قسم
ذلك النور
أربعة أجزاء:
فخلق من الجزء
الأول القلم،
ومن الثاني
اللوح،
ومن
الثالث
العرش، ثم قسم
الجزء الرابع
أربعة أجزاء،
فخلق من الجزء
الأول
حَمَلَة
العرش،
ومن الثاني
الكرسي، ومن
الثالث باقي
الملائكة، ثم
قسم الجزء
الرابع أربعة
أجزاء:
فخلق من الأول
السماوات،
ومن الثاني
الأرضين، ومن
الثالث الجنة
والنار،
ثم
قسم الرابع
أربعة أجزاء،
فخلق من الأول
نور أبصار
المؤمنين،
ومن الثاني
نور
قلوبهم
وهى المعرفة
بالله، ومن
الثالث نور
إنسهم وهو
التوحيد لا
إله إلا الله
محمد
رسول الله.
الحديث. كذا
في المواهب.(
Hadith
yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai
Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin
‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan
bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal
yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir,
sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada
NurNya, kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang
dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada
Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan
manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan
Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam,
daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia
jadikan ‘Arash, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada
empat bahagi, maka daripada juzu’ yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung
‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia
jadikan malaikat yang baki lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang
keempat itu kepada empat bahagi
yang pertamanya
dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan
Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian: yang
pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya
hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga dijadikanNya nur
kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah,
Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib” (iaitu al-Mawahib
al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai
rujukan itu). Dan
seterusnya: وقال
فيها
أيضا:
واختُلِف هل
القلم أول
المخلوقات
بعد النور
المحمدي أم لا؟
فقال
الحافظ
أبو يعلى
الهمداني:
الأصح أن
العرش قبل
القلم، لِما
ثبت في الصحيح
عن
ابن عمر قال
قال رسول الله
صلى الله عليه
وسلم: قدر
الله مقادير
الخلق
قبل
أن يخلق
السماوات
والأرض
بخمسين ألف
سنة، وكان
عرشه على
الماء، فهذا
صريح
في
أن التقدير
وقع بعد خلق
العرش،
والتقدير وقع
عند أول خلق
القلم، فحديث<صفحة
311> عبادة
بن الصامت
مرفوعا "أول
ما خلق الله
القلم، فقال
له أكتب، فقال
رب
وما أكتب؟
قال أكتب
مقادير كل شيء"
رواه أحمد
والترمذي
وصححه.
وروى
أحمد
والترمذي
وصححه أيضا من
حديث أبي رزين
العقيلي
مرفوعا: إن
الماء خلق قبل
العرش.
وروى
السدي
بأسانيد
متعددة إن
الله لم يخلق
شيئا مما خلق
قبل الماء،
فيجمع بينه
وبين
ما
قبله بأن
أولية القلم
بالنسبة إلى
ما عدا النور
النبوي
المحمدي
والماء
والعرش
انتهى Ia
menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan
adakah Qalam makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak? Al-Hafiz
Abu Ya’la al-Hamadani: yang asah ialah ‘Arash sebelum daripada Qalam,
mengikut riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya:
Sabda Rasulullah s.a.w: Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia
menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arashnya atas air;
ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan
‘Arash; takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ubadah bin
al-samit, marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman:
Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya, “Tulislah
takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih). Dan
diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin
al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arash”. Dan
al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak
menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan
antara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan Qalam dalam hubungan dengan
yang selain daripada Nur Muhammad, Air, dan ‘Arasy.Habis. Dan
yang menyebut kejadian yang pertama itu “al-Qalam” ialah: 824–
أول
ما خلق الله
القلم.
رواه
أحمد
والترمذي
وصححه عن
عبادة بن
الصامت
مرفوعا
بزيادة فقال
له أكتب، قال
رب وما أكتب؟
قال أكتب
مقادير كل
شيء،
قال
ابن
حجر في
الفتاوى
الحديثية قد
ورد أي هذا
الحديث بل صح
من طرق، وفي
رواية
إن
الله خلق
العرش فاستوى
عليه، ثم خلق
القلم فأمره
أن يجري
بإذنه، فقال
يا
رب
بم أجري؟
قال بما أنا
خالق وكائن في
خلقي من قطر أو
نبات أو نفس أو
أثر
أو
رزق أو أجل،
فجرى القلم
بما هو كائن
إلى يوم
القيامة،
ورجاله ثقات
إلا الضحاك
بن
مزاحم فوثقه
ابن حبان وقال
لم يسمع من ابن
عباس، وضعفه
جماعة، وجاء
عن ابن
عباس
رضي الله
عنهما موقوفا
عليه: إن أول
شيء خلقه الله
القلم، فأمره
أن يكتب
كل
شيء ورجاله
ثقات،
وفي
رواية لابن
عساكر مرفوعة
إن أول شيء
خلقه الله
القلم، ثم خلق
النون، وهي
الدواة، ثم
قال له اكتب ما
يكون أو ما هو
كائن –
الحديث وروى
ابن
جرير أنه صلى
الله عليه
وسلم قال {ن
(في الأصل
(نون) مكان
(ن))
والقلم
وما يسطرون}
قال لوح من
نور، وقلم من
نور، يجري بما
هو كائن إلى
يوم
القيامة
انتهى 824.
Perkawa
terawal dijadikan Allah ialah Qalam. Riwayat
Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih, dari ‘Ubadah bin al-samit, marfu’,
dengan tambahan, Ia berfirman: “Tulislah”, kata (Qalam)”Apakah yang hamba
(akan) tulis?” FirmanNya: “Tulislah takdir segala sesuatu”. Kata
ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah”: “Datang riwayat, iaitu hadith ini,
bahkan ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalam riwayat” Allah menjadikan
‘Arasy kemudian Ia beristiwa atasnya, kemudian Ia menjadikan Qalam, kemudian
Ia memerintah supaya menulis dengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba (akan)
tulis? FirmanNya: tentang apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam makhlukKu,
terdiri daripada titik hujan, tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau ajal; maka
Qalampun menulis tentang apa yang ada sampai ke Hari Kiamat. Rijalnya atau
periwayatnya adalah mereka yang dipercayai (rijaluhu thiqat), melainkan Qahhak
bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya boleh dipercayai, katanya ia tidak
mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satu kelumpuk menganggapnya dhaif; dan
datang riwayat daripada ibn ‘Abbas –Allah meredhai keduanya-maukuf atasnya:
Perkara awal yang dijadikanNya Qalam, kemudian Ia menyuruhynya menulis; para
periwayatnya boleh dipercayai (rijaluhu thiqat). Dan
dalam riwayat ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkarea awal yang dijadikan Allah
ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, Tulislah, apa
yang akan ada dan yang ada. Dan
diriwayatkan oleh ibn Jarir bahawa Baginda s.a.w. bersabda: Nun,
Demi Qalam dan apa yang mereka tulis katanya: Lauh daripada nur, Qalam daripada
nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat. Seterusnya dalam
teks yang sama ada riwayat seperti berikut: وفى
النجم
روى الحكيم
الترمذي عن
أبي هريرة أن
أول شيء خلق
الله القلم،
ثم خلق النون
وهي
الدواة، ثم
قال له أكتب،
قال وما أكتب،
قال أكتب ما
كان وما هو
كائن إلى
يوم
القيامة وذلك
قوله تعالى
{ن
والقلم وما
يسطرون} ثم
ختم على فم
القلم فلم
ينطق ولا ينطق
إلى يوم
القيامة، ثم
خلق الله
العقل،
فقال
وعزتي وجلالي
لأكْمِلَنَّكَ
فيمَن
أحببتُ،
ولأنْقُصَنَّكَ<صفحة
309> فيمن
أبغضت، وقال
اللقاني (في
الأصل (اللاقاني))
في شرح جوهرته:
القلم
جسم
نوراني خلقه
الله، وأمره
بِكَتْبِ ما
كان وما يكون
إلى يوم
القيامة،
وتمسك
عن
الجزم بتعيين
حقيقته، وفي
بعض الآثار
أول شيء خلقه
الله القلم،
وأمره أن
يكتب
كل شيء، وفي
بعضها إن الله
خلق اليراع،
وهو القصب ثم
خلق منه
القلم، وفي
رواية
أول شيء كتبه
القلم أنا
التواب أتوب
على من تاب
انتهى. Dalam
“al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hjurairah, bahawa
“Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas
Dakwat, kemudian firmanNya; Tulislah, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis?
FirmanNya: Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat.
Itulah firmannya: Nun. Demi Qalam dan apa yang mereka tulis. Kemudian
dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata
sampai Kiamat. Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu
dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam kalangan yang aku kasihi.
Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka yang aku murkai. Kata
al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada nur),
yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan
yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan hakikatnya;
dalam setengah athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian
diperintahnya menulis tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan
“yara” (seperti Qalam), atau Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan
daripadanya
Qalam. Dalam satu riwayat perkara awal yang ditulisman oleh Qalam ialah
‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang bertaubat’. Habis.
(al-‘Ajluni,
dalam “Kashf al-Khafa’ wa
Muzil al-Ilbas…”,
http://www.alelman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=143&CID=22#s1) Dalam
Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam
Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’,
no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, terdapat kenyataan: 194-أول
ما خلق اللّه
-
ذكر
الأمير في
مبحث الوجود
من حواشيه على
جوهرة
اللقاني أنها
متواترة.
(قلت)
ورد
في بعض
الأحاديث أن
أول ما خلق
اللّه (1)
النور
المحمدي وفي
بعضها (2)
العرش
في بعضها
(3) البراع
أي القصب وصح
حديث أول ما
خلق اللّه
(4)
القلم
وفي غيره أول
ما خلق اللّه
(5) اللوح
المحفوظ وجاء
بأسانيد
متعددة
(6)
أن الماء لم
يخلق قبله شيء
وفي بعض
الأخبار
(7) أن أول
مخلوق الروح
وفي
بعضها (8)
العقل إلا أن
حديث العقل
فيه كلام
لأئمة الحديث
بعضهم يقول
هو
موضوع وبعضهم
ضعيف فقط*
وأجيب
عن التعارض
الواقع فيها
بأن أولية
النور
المحمدي
حقيقية وغيره
إضافية نسبية
وأن كل واحد
خلق قبل ما هو
من جنسه
فالعرش Al-Amir
dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah al-Laqqani”,
bahawa hadith tentang itu mutawatir. Pengarang itu menyatakan bahawa ia berkata); Datang
riwayat dalam setengah hadith tentang perkara awal yang dijadikan itu (1) Nur
Muhammad, dalam setengahynya (2) ‘Arasy, dalam setengahnya pula (3)
“al-yara” iaitu qasab, Batang, dan sah hadith tentang perkara awal yang
dijadikan Allah Qalam, dalam yang lain dinyatakan awal yang dijadikan Allah (4)
Qalam, dalam yang lain pula awal dijadikanNya ialah (5) alo-lauh al-mahfuz, dan
datang dalam berbilang sanad bahawa ia (6) Air, dan tidak dijadikan sesuatu
sebelum daripadanya; dalam setengah riwayat (al-akhbar) ia (7) awal makhluk
ialah ruh, dalam setengahnya (8) ‘Akal, melainkan hadith tentang akal di
dalamnya ada kenyataan para imam hadith, setengahnya menyatakan maudhu’,
setengahnya menyatakan daif sahaja. Katanya:
boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur Muhammad
itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara nisbah,
tiap-tiap satu daripada (yang lainnya) dijadikan sebelum daripada yang terdiri
daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal
sebelum daripada jisim-jisim yang halus (latif),
‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan (nabatiah), demikianlah. Allah Maha
Mengetahui. (Dari “Nazm al-Mutanathir
min al-hadith al-Mutawatir”, dari kitab al-iman sampai kepada kitab al-manaqib,
-491 dalam http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=144&CID=10#s7
) Dalam
“Al-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah” (2 jilid),
karangan Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastallani (men.923 Hijrah),
dalam jilid pertama halaman 5 terdapat kenyataan: Ketahuilah
wahai pembaca yang mempunyai akal yang sejahtera dan yang bersifat dengan
sifat-sifat kesempurnaan dan kelengkapan – mudah-mudahan Allah memberi taufik
kepadaku dan kepada anda-dengan hidayah kepada Jalan Yang Lurus bahawa
sesungguhnya bila berlakulah (lit. bergantunglah) Iradat Allah taala untuk
mengadakan makhluknya dan menentukan rezekinya, maka Ia menzahirkan hakikat
Muhammadiyyah daripada Nur-Nur Samadiyyah dalam hadhrat Ahadiyah(Nya), kemudian
Ia menjadikan alam-alam, semua sekali, alam tingginya dan alam rendahnya dalam
rupa bentuk hukumNya sebagaimana yang telah terdahulu ada dalam IradatNya dan
IlmuNya yang terdahulu (dari Azali lagi), kemudian Ia mem beritahu tentang
kenabiannya dan berita baiknya dengan kerasulannya ini, walhal Adam masih belum
ada, sebagaimana yang dinyatakannya bahada Adam adalah antara ruh dan jasad. Kemudian
terpancarlah daripadanya –salla’Llahu ‘alaihi wa sallam- ‘ain sekelian
arwah, maka zahirlah Al-Mala’ al-A’la dengan mazhar yuang paling hebat, maka
bagi mereka itu ada jalan yang paling manis, ia salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam, jenis tinggi, mengatasi segala jenis makhluk, ia Bapa Teragung bagi
sekelian yang maujud dan manusia (sekelian). Maka
bila habislah masa dengan nama batinnya, dalam hubungan dengan hak salla’Llahu
‘alaihi wa sallam (untuk) wujud dalam rupa jisimnya, dan berkaikt ruh dengan
jasadnya, berpindahlah hukum zaman kepada nama zahirnya, maka zahirlah Muhammad
salla’llahu ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan jasad dan ruhnya walaupun
terkemudian jasadnya (zahir) anda mengetahui tentang nilainya, (iaitu) ia adalah
khizanah atau perbendahraan rahasia dan pusat berlakunya perintah; maka tidak
lulus perintah melainkan daripadanya; tidak berpindah kebaikan melainkan
daripadanya…Dikeluarkan riwayat hadith oleh Imam Muslim dalam kitab
‘Sahih’nya dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar dari Nabi s.a.w. bahawa
Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk
sebelum Ia menjadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan
‘ArasyNya di atas air …Dan
dari “Irbad bin Sariyah dari Nabi s.a.w. ‘Sesungguhnya aku di sisi Allah
sebagai khatam al-Nabiyyin-penutup sekelian nabi-walhal Adam masih terbujur
dalam tanahnya (sebelum roh ditiupkan ke dalamnya);’ riwayat Ahmad dan Baihaqi
serta al-Hakim. Kata al-Hakim isnadnya sahih.
Seterusnya
kata beliau: Dari Maisarah al-Dabbi katanya,
bahawa katanya: ‘Aku berkata, wahai rasulul.lah, bilakah tuan hamba menjadi
nabi? jawabnya s.a.w. bersabda: ‘Waktu Adam masih antara ruh dan jasad.’ Ini
lafaz riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam ‘; Tarikh’nya serta Abu Nu’aim
dalam “al-Hilyah”, al-Hakim menyatakan ia sahih. Selepas
menyebut beberapa hadith lagi berkenaan dengan tajuk ini, Qastallani memberi
huraian berkenaan dengan maksud hadith-hadith itu katanya: Maka
boleh diihtimalkan hadith itu (tentang Nabi Muhammad sudah nabi walhal Adam
masih antara roh dan jasad) serta dengan riwayat al-‘Irbad bin Sariyah
tentangt wajibnya kenabian bagi Baginda dan sabitnya, kemudian zahirnya pula ke
alam nyata. Sesungguhnya penulisan (al-kitabah) digunakan dalam sesuatu yang
wajib; firman Allah ta’ala (maksud)’Diwajibkan atas kamu (lit. dituliskan)
puasa ‘ dan ‘Allah mewajibkan (lit. Allah menulis) bahawa Aku akan
benar-benar mengatasi’. Dan dalam hadith dari Abu Hurairah (dinyatakan) bahawa
mereka (iaitu para Sahabat) bertanya bilakah diwajibkan kenabian bagi tuan hamba?
Baginda menjawab: ‘(Waktu) Adam masih antara roh dan jasad’. Riwayat
Tirmidhi, katanya hadith hasan sahih. Kemudian
Qastallani menyebut riwayat dalam ‘Amali ibn Sahalal-Qattan’ dari Sahal ibn
Salih al-Hamadhani katanya: Aku bertanya kepada
Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali bagaimana nabi Muhammad menjadi nabi yang
mendahului para anbia walhal Baginda terakhir dibangkitkan. Kata beliau:
‘Sesungguhnya Allah ta’ala –bila Ia mengambil dari anak Adam dari zuriat
mereka dari belakang merekadan menjadikan mereka menjadi saksi atas diri mereka,
‘Tidakkah Aku Tuhan kamu?’ adalah nabi Muhammad orang yang pertama yang
mengatakan ‘Ya, ‘ kerana itu Baginda menjadi terdahulu dari sekelian anbia
walhal ia terakhir dibangkitkan (dalam sejarah dunia). Kalau anda berkata:
‘Nubuwwah adalah satu sifat yang mesti ada orang yang disifatkan itu, walhal
sesungguhnya beliau itu ada hanya selepas sampai umur empat puluh tahun, maka
bagaimanakah disifatkan beliau itu sebelum wujudnya dan sebelum ia diutus
sebagai rasul? Maka boleh diberikan jawapan bahawa al-Ghazali dalam’ kitab al-nafkh
wa al-taswiyah’ berkenaan dengan hal ini dan berkenaan dengan hadith ‘ Aku
nabi terawal dari segi penciptaan dan terakhir dari segi dbangkitkan (dalam
sejarah), bahawa maksud ‘penciptaan’ (al-khalq) di sini ialah takdir atau
penetapan bukannya mengadakan (‘’al-taqdir duna al-ijad’); maka Baginda
itu sebelum bondanya melahirkannya tidak wujud sebagai makhluk, tetapi (wujud)
dalam bentuk matlamat-matlamat dan aspek-aspek kesempurnaan (‘al-ghayat wa al-kamalat’)
yang mendahului dalam takdir yang mengikutinya dalam wujud.Inilah makna
kata-kata mereka (yang bijaksana):’Awal fikiran ialah akhir amalan, dan akhir
amalan adalah awal fikiran” (‘awwal al-fikrah akhir al-‘amal wa akhir
al-‘amal awwal al-fikrah’). Kemudian
dalam memberi huraian tentang perkara ini beliau menyebut berkenaan dengan
jurutera yang mempunyai konsep dan rupa bentuk (‘surah’) awal tentang
bangunan yang hendak dibinanya dalam mindanya, dengan rupa bentuk yang lengkap
sempurna (‘dar kamilah’); itulah yang ada dalam ‘takdir’ atau
ketetapannya. Itulah yang ada kemudiannya yang zahir sebagai hasil daripada
amalannya. Maka bangunan yang lengkap sempurna itu yang terawal dalam
‘takdir’nya, dan itulah yang terakhir dari segi wujudnya.
Demikianlah-kiasnya- hadith ‘Aku nabi’ itu isyarat kepada apa yang
dinyatakan, iaitru nabi dalam ‘takdir’ Ilahi sebelum sempurna penciptaan
Adam a.s., kerana tidaklah diciptakan Adam melainkan untuk dikeluarkan daripada
zuriatnya Mujhammad s.a.w. Kemudian
beliau menyatakan bahawa ‘hakikat ini tidak boleh difahami melainkan dengan
mengetahui bahawa rumah atau bangunan itu ada dua wujud, satu wujud dalam minda
jurutera dan otaknya, dan ia melihat kepada rupa bentuk rumah di luar daripada
minda dalam zat-zat (al-a’yan’) dan wujud zihin adalah sebab bagi wujud yang
zahir di luar zihin yang boleh dipandang dengan mata, dan itu mesti mendahului.
Demikianlah- hendaklah anda ketahui- bahawa Allah menentukan takdir, kemudian
Ia mengadakan mengikut persepakatan
dengan takdir…(Dalam
‘al-Mawahib al-Laduniyyah’juz hal.7). Selepas
daripada ini beliau menyebut hadith-hadith berkenaan dengan awalnya Nur Muhammad
s.a.w. dan bagaimana perkara-perkara lain dijadikan daripadanya.(Al-Mawahib
al-laduniyyah, juz I hal 7 dst) Tentang
kedudukan ‘Abd al-Razzaq sebagai sandaran tentang hadith berkenaan dengan Nur
Muhammad s.a.w. sebagai punca penciptaan segala, itu nampaknya tidak menjadi
masalah, memandangkan antaranya al-Bukhari mengambil daripadanya 120 riwayat dan
Muslim mengambil 400 riwayat. (GF Haddad, “Light of the Full Moon”, dalam http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html) Dalam
hubungan dengan ‘Abd al-Razzaq, ada kenyataan dalam kitab Al-Risalah al-Mustatrafah
li Bayan Mashhur Kutub al-Sunnah al-Musharrafah, karangan Maulana al-Imam
al-Sayyid Muhammad Ja’far al-Kattani (Maktab al-Kulliyat al-Azhariyyah-Qahiran,
tanpa tarikh) pada halaman 13 bahawa Musannaf Abi Bakr ‘Abd al-Razzaq bin
Humam bin Nafi’ al-Humairi meninggal tahun 211 Hijrah adalah lebih kecil
daripada Musannaf ibn Abi Shaibah, disusun mengikut kiktab-kitab dan bab-bab.
Dan Jami’ ‘Abd al-Razzaq yang selain daripada ‘Musannaf’ adalah kitab
yang terkenal jami’ yang besar dan kebanyakan daripada hadith-hadithnya
dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) dan empat imam hadith Dengan
itu beliau menerima ‘Abd al-Razzaq dengan baik sebagai muhaddith. Seterusnya,
dalam kitab Al-Shifa
karangan Qadhi ‘Iyad rahimahu’Llah, terdapat kenyataan dari Ibn ‘Abbas rd.
bahawa Nabi s.a.w. adalah ruhnya itu berada di sisi Allah sebelum Ia menjadikan
Adam a.s. selama dua ribu tahun, bertasbih nur itu sebagai malaikat bertasbih;
daripadanya dijadikan Adam a.s. Bila Adam dijadikan maka nur itu diletakkan pada
sulbinya. Sabda nabi s.a.w. Kemudian
Allah turunkan aku ke bumi dalam sulbi Adam, kemudian dijadikan aku dalam sulbi
Nuh, sulbi Ibrahim, kemudian tidak berhenti-henti Allah memindahkan aku dari
sulbi-aulbi mereka yang mulia-mulia dan rahim-rahim para wanita yang suci,
sehinggalah Ia keluarkan daku dari kedua ibu bapaku, yang mereka itu tidak
terkena kekejian sedikitpun. Yang menjadi saksi tentang sahihnya kisah dan
khabar ini ialah sya’ir al-‘Abbas yang masyhur yang memuji Nabi s.a.w. (Kitab
al-Shifa, oleh Qadhi ‘Iyad, I, hal.83). Dalam
hubungan dengan ayat yang bermaksud: “dan mengetahui tentang gerak-geri engkau dalam kalangan mereka yang
sujud”, kata ibn ‘Abbas rd
maknanya “dari seorang nabi
kepada seorang nabi sehingga Aku keluarklan engkau sebagai nabi (di zaman engkau
dibangkitkan).” (Qadi ‘Iyad, al-Shifa,
I.halaman 15-16). Dalam
hubungan dengan ayat yang bermaksud: Allah
adalah cahaya langit dan bumi,
kata Ka’b al-Akhbar dan ibn Jubair maksud nur yang kedua itu, iaitu mithalan
bagi nurnya, ialah Muhammad
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Maka mithalan
bagi nurnya ialah Nur Muhammad s.a.w. Ia di pertaruhkan ke dalam sulbi-sulbi
para anbia seperti ceruk cahaya (ka mishkat) sifatnya sedemikian, dan lampu (al-misbah)
adalah kalbunya, kaca (al-zujajah) ialah dadanya: iaitu ia seumpama bintang
kerana apa yang ada padanya terdiri daripada iman dan hikmah kebijaksanaan, yang
dinyalakan daripada pokok yang diberkati, iaitu daripada Nur Ibrahim
‘alaihis-salam; diumpamakan sebagai pokok yang diberkati; hampir-hampir
minyaknya menyala iaitu hampir-hampir nubuwwah nabi Muhammad itu …nyata kepada
manusia sebelum daripada kata-katanya, seumpama minyak…(al-Shifa,I.hal.17-18). Berhubungan
dengan nur nabi ini dinyatakan dalam Al-Shifa.I.366: Daripada
yang demikian itu ialah zahir tanda-tanda pada waktu kelahiran Nabi s.a.w. dan
apa yang dikisahkan oleh bondanya dan apa yang ada pada wakltu itu yang
ajib-ajib, bagaimana ia mengangkat kepalanya waktu kelahirannya memandang ke
langit, dan ada yang bondanya lihat nur yang keluar sewaktu Baginda dilahirkan;
(juga) apa yang dilihat oleh Umm ‘Uthman ibn Abi al-‘As tentang bintang
turun dan kemunculan nur sewaktu kelahiran Baginda sehingga sehingga tidak
terlihat melainkan nur, dan kenyataan al-Shafa Umm ‘Abd al-rahman bin ‘Auf:
Bila keluar Rasulullah s.a.w….Baginda Rasulullah s.a.w. …ia mendengar suara
‘Allah memberi Rahmat kepada anda dan cerah nyata bagiku antara Timur dan
barat sehingga aku melihat istana-istana Rum” (ibid). Dalam
kitab al-Madkhal oleh
ibn al-Hajj terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan Nur Muhammad ini.
Antaranya terdapat riwayat, iaitu: Dinukilkan
oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman al-Siqilli rahimahu’Llahu ta’ala dalam kitab
‘al-dalalat ‘ baginya, yang lafaznya ialah: Sesungguhnya Allah tidak
menjadikan makhluk yang paling dicintai olehNya yang lebih lagi daripada umat
ini; dan tidak ada yang lebih mulia lagi daripada nabinya salla’Llahu
‘alaihi wa sallam; kemudian para nabi selepas daripadanya, kemudian siddiqin,
kemudian para aulia yang terpilih. Dan (berkaitan dengan) demikian itu
sesungguhnya Allah menjadikan Nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam
sebelum daripada dijadikan Adam selama dua ribu tahun, dijadikanNya dalam bentuk
tiang di hadapan ‘Arasynya ia bertasbih kepada Allah dan mentakdiskanNya;
kemudian Ia menjadikan Adam ‘alaihis-salatu was-salam, daripada Nur Muhammad
s.a.w. dan dijadikanNya nur para nabi ‘alaihimus-salatu wassalam daripada Nur
Adam ‘alaihis-salam, habis. (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.28). Seterusnya
dalam al-Madkhal.II.29 terdapat
riwayat: Al-Faqih
al-Khatib Abu al-Rabi’ memberi isyarat dalam kitabnya ‘Shifa’ al-Sudur’
kepada beberapa perkara yang hebat dan agung; antaranya apa yang diriwayat,
iaitu bila Allah Yang Maha Bijaksana hendak menjadikan zat nabi salla’Llahu
‘alaihi wa sallam yang diberkati dan such, Ia memerintah Jibril a.s. turun ke
bumi dan membawa dengannya bumi yang menjadi jantung bagi bumi, dengan
kegemilangannya dan nurnya…(sampai kepada penciptaan nur Muhammad) dan nur
Muhammad itu bergemilang di belakang Adam, maka para malaikat berdiri di
belakang Adam melihat nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam …kemudian
Adam memohon supaya nur itu diletakkan supaya ia sendiri boleh melihatnya, maka
Allah menjadikan Adam boleh melihatnya…itu dengan isyarat ‘la ilaha
illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah dan sembahyang (dengan melihat kepada
jari telunjuknya)…kemudian nur itu diletakkan di dahi Adam kelihatan seperti
matahari dalam pusingan falaknya atau bulan dalam masa penuhnya (al-Madkhal ibn
al-Hajj.II.30) Dalam
kitab yang sama disebut bagaimana perkara yang mula-mula dijadikan Allah ialah
Nur Muhammad dan kemudian daripadanya dijadikan sekelian yang lainnya. Berhubungan
dengan Nur Muhammad ini terdapat kenyataan dalam kitab Hujjatu’Llah
‘alal-‘Alamin fi Mu’jizati Sayyidil-Mursalin oleh
Syaikh Yusuf al-Nabhani. Katanya: Maka
tidak dikurniakan kemuliaan (‘karamah’) dan kelebihan (‘fadhilah’)
kepada seseorang dari kalangan mereka (iaitu dari kalangan anbia) melainkan
dikurniakan kepada Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang sepertinya.
Maka Adam ‘alaihis-salam diberikan Allah kurnia, iaitu ia dijadikan Allah
dengan TanganNya, maka Allah kurniakan pula kepada nabi Muhammad salla’llahu
‘alaihi wa sallam pembukaan dadanya dan pengambilannya rapat denganNya dengan
melapangkan dadanya bagi DiriNya dan dijadikan di dalamnya iman dan hikmah
kebijaksanaan, dan ini akhlak nabawi; maka kurniaan kepada Adam khalq wujud (baginya)
dan kepada nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan akhlak nabawi walaupun maksud
kejadian Adam adalah penciptaan nabi kita dalam sulbinya; maka penghulu kita
Muhammad s.a.w. adalah maksudnya dan Adam alaihis salam adalah wasilah baginya,
dan maksud mendahului wasilah. Adapun sujud malaikat kepada Adam a.s., kata
Fakhr al-razi dalam tafsirnya ialah: para malaikat itu diperintah sujud kepada
Adam kerana ada Nur Muhammad s.a.w. pada dahinya. (hal.15 ). Dalam
al-Mustadrak oleh
al-Hakim rh terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan nur Baginda s.a.w.
Antaranya ialah: (Diriwayatkan
kepada kami) oleh ‘Ali bin Hamshad al-‘adl secara rencana (imla), Harun bin
‘Abbas al-hashimi meriwayatkan kepada kami, Jundul bin Waliq meriwayatkan
kepada kami, (seterusnya sampai kepada al-‘Abbas rd) bahawa Baginda bersabda:
Allah mewahyukan kepada ‘Isa alaihis-salam, wahai ‘Isa, berimanlah engkau
kepada Muhammad dan suruhlah sesiapa yang mendapatkan Baginda dari kalangan
umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak
menjadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan Adam, kalaulah
tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Syurga, dan Neraka, Aku jadikan ‘Arash
atas air, kemudian ia bergoncang, maka ditulis atasnya ‘la ilaha illa’llah
Muhammadun Rasulu’Llah, maka iapun tenang. (Ini hadith sahih (kata al-Hakim)
yang tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim). (al-Mustadrak al-Hakim II.614-615). Dari
Maysarah al-Fakhr, katanya bahawa ia bertanya kepada Rasulullah “Ya
Rasulullah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? Jawabnya: walhal Adam masih antara
roh dan jasad. (al-Mustadrak.II.608-609). Sahih riwayatnya. Dari
Maisarah al-fakhr lagi, katanya bahawa ia bertanya kepada Baginda bila Baginda
menjadi nabi. Jawabnya (Sewaktu)
Adam masih antara roh dan j asad. Hadith sahih. (al-Mustadrak.II.609.) Dari
Irbad bin Sariah katanya: Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya aku di sisi Allah pada awal
Kitab khatam sekelian anbiya, walhal Adam terbujur dalam jasadnya, aku akan
memberitahu kepada kamu takwilan tentang itu, (aku) adalah do’a bapaku Ibrahim,
berita gembira saudaraku ‘Isa kepada umatnya, dan aku pemandangan bondaku,
yang ia lihat keluar daripadanya nur yang menjadikan terang baginya
istana-istana di Syam. Sahih. (al-Mustadrak.II.600). Berkenaan
dengan yang demikian ada riwayat daripada Khalid bin Ma’dan, dari beberapa
Sahabat nabi s.a.w. bahawa mereka bertanya kepada Baginda: Beritaku kepada kami
berkenaan dengan tuan hamba.Baginda menjawab: Aku doa bapaku Ibrahim, berita gembira ‘Isa (kepada umatnya tentang
aku akan diutus), dsan bondaku melihat sewaktu aku dilahirkan keluar daripadanya
nur yang menerangi baginya Busra, dan Busra adalah di negeri Syam.Al-hakim
menyatakan Khalid ibn Ma’dan dari kalangan tabi’in yang sebaik-baiknya yang
bersahabat dengan Mu’adh bin Jabal.sahih pada al-Hakim.(al-Mustadrak.II.600). Dalam
kitab Jam’ al-Wasa’il fi Sharh
al-Shama’il (lit-Tirmidhi) karangan
Mulla ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari rh (men. 1014 H.) ada terdapat beberapa
huraian, antaranya: Tentang
kenyataan dalam Shama’il Tirmidhi
bahawa orang yang melihat nabi
tanpa mengenalinya terlebih dahulu terasa sangat hebat, maka
Mulla ‘Ali al-Qari menghuraikan aspek kehebatan Baginda itu katanya: kerana
ada pada Baginda sifat jalal dan atasnya ada kehebatan dari sisi Tuhan dan
limpahan kurnia dari alam samawi (sifah al-jalal wa ‘alaihi al-haibah al-ilahiyyah
wal-fuyud al-samawiyyah). (Jam’ al-wasa’il. hal. 28). Dan
dalam kitab yang sama dalam kenyataan al-Shama’il bahawa Baginda itu lebih cantik daripada bulan –ahsan minal-qamar- beliau
memberikan huraian katanya: tentang
nurnya zahir dalam ufuk-ufuk (alam zahir) dan alam anfus (diri manusia) dengan
tambahan sifat-sifat kesempurnaan dalam bentuk rupa lahir dan ma’nawi, bahkan
pada hakikatnya tiap-tiap nur dijadikan daripada nurnya (ma’a ziyadah al-kamalat
al-suwariyyah wal-ma’nawiyyah, bal fil-haqiqah kullu nurin khuliqa min nurih);
dan dikatakan dalam hubungan dengan ayat bermaksud:’Allah adalah cahaya langit
dan bumi, dan misalan bagi nurnya-iaitu nur Muhammad- maka nur wajahnya –s.a.w.-
yang sejati, pada zatnya, tidak terpisah daripadanya sesaatpun malam dan siang,
walhal nur bagi bulan muktasab, dipinjam (daripada cahaya matahari) sekali
berkurang dan sekali terselindung. (jam’ al-Wassa’il Sharah
al-Shama’il.hal.47). Dalam
huraian Shaikh al-Munawi rh tentang Baginda itu lebih cantik daripada bulan sebagaimana
yang ternyata dalam kitab Shama’il al-Tirmidhi, beliau menyatakan: itulah
wajah Baginda pada sisi tiap-tiap orang; dan dalam riwayat ibn al-Jauzi dan
lainnya dari Jabir juga ‘pada mataku’ ganti bagi ‘pada sisiku’ (‘indi’);
dalam riwayat Abu Nu’aim dari Abu Bakr adalah wajah Baginda itu seumpama pagar
atau kandungan bulan (‘daratul-qamar’) dan bagi riwayat Darimi dari al-Rabi’
binti al-Mu’awwidh katanya: Aku melihatnya aku mel,ihat matahari sedang naik
memancar. Dalam riwayat ibn al-Mubarak dan ibn al-jauzi dari ibn ‘Abbas bahawa
Baginda tidak ada bayang (‘lam yakun lahu zill’), dan Baginda tidak berdiri
dalam matahari melainkan cahaya Baginda mengatasi cahaya matahari, sebagaimana
yang ada dalam Baijuri. (Sharah al-Muhaddith al-Shaikh al-Munawi pada Shama’il
Tirmidhi,I. halaman 47). Dalam
huraian Shaikh al-Munawi lagi, dalam menghuraikan kata-kata bermaksud: seperti
cahaya keluar antara celah-celah gigi Baginda, katanya: tidak perlu
kepada kata ‘seperti’ (‘ka’) tambahan, seperti yang dilakukan oleh
pensyarah (‘Shama’il’), bagaimana demikian, kerana itu (yang keluar di
celah-celah gigi Baginda) adalah nur hissi (atau cahaya lahiriah, bukan maknawi,
abstrak), dan kata beliau kalau tidak hissi maka bagaimana digunakan ru’iya-dilihat.
Ertinya ia bukan ma’nawi. (ibid.I.55-56). Dalam
hubungan dengan kenyataan dalam al-Shasma’il bila nabi s.a.w. datang ke
Madinah menjadi cerah (tiap-tiap sesuatu) ,kata Mulla ‘Ali al-Qari iaitu: menjadi
cerah tiap-tiap juzuk dari kota Madinah dengan nur yang hissi-atau cahaya
lahiriah yang dipandang dengan mata—atau juga cahaya ma’nawi kerana dengan
masuknya Baginda maka ada cahaya hidayah yang am dan terangkat kerananya
berbagai jenis kegelapan, dengan isyarah bahasa menunjukkan teramat sangat (al-mubalaghah),
yang tiap-tiap sesuatu dari alam ini mengambil cahaya dari Madinah pada hari itu.
Ataupun pencerahan itu ialah kiasan bagi kesukaan yang amat sangat bagi para
penduduk kota itu – serta dengan tidak mempedulikan (dalam suasana itu) kepada
mereka yang berseteru (dengan Baginda dan Islam). Beliau juga menyebut
pendapat al-Tibbi yang memandang itu adalah cahaya secara hissi. (Mulla ‘Ali
al-Qari, Sharah al-Shama’il al-Tirmidhi,
II.209). Dalam
syarah al-Munawi berkenaan dengan potongan yang sama dalam al-Shama’il
Tirmidhi katanya: Yang asah ialah maksudnya
tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk kota Madinah itu menjadi cerah dengan
cahaya secara hakikatnya (bukan kiasan lagi) bukan tajrid (bukan secara abstrak
lagi), bagaimana tidak, walhal Baginda itu zat dirinya pada keseluruhannya
adalah cahaya (‘wa qad kanat dhatuhu kullaha nuran) maka Allah taala telah
berfirman: Telah datang kepada kamu dari Allah Nur dan Kitab yang nyata, maka
Baginda adalah cahaya yang menjadikan cerah bagi sekelian alam, dan Baginda
adalah lampu yang cerah mengeluarkan cahaya. (Sharah al-Munawi atas al-Shama’il
Tirmidhi, di tepi syharah Mulla ‘Ali al-Qari, II.55). Dalam
al-Mawahib al-Laduniyyah – Hashiyah Shama’il al-Tirmidhi karangan Shaikh
Ibrahim al-Bajuri (men. 1276 Hijrah) terdapat beberapa kenyataan yang
mencerahkan. Dalam hubungan dengan potongan yang bermaksud: iaitu
orang yang melihat Baginda secara badihah (belum mengenalinya) akan merasa hebat
dengannya-iaitu melihat Baginda sebelum menilik kepada akhlaknya yang teramat
tinggi dan hal dirinya yang teramat berharga, merasa gerun dengannya, kerana ada
padanya sifat jalal atau kehebatan dari sisi Tuhan (sifat al-jalal al-rabbaniyyah)
dan apa yang ada padanya dari kehebatan dari sisi Tuhan (lima ‘alaihi
minal-haibah al-ilahiyyah). Kemudian
beliau mengutip kata-kata dari ibn al-Qayyim: Perbezaan
antara kehebatan dan takabur (pada seseorang insan) ialah: kehebatan itu adalah
kesan daripada beberapa kesan yang banyak yang memenuhi kalbu orang itu kerana
merasa kehebatan Allah (bi ‘azamati al-rabb) dan kasih kepadaNya, serta merasa
Ketinggian HebatNya (wa ijlaliHi); maka bila hati seseorang penuh dengan yang
demikian bertempatlah padanya nur, turunlah atasnya rasa ketenangan dan
kebeningan (al-sakinah), dan dipakaikanlah kepadanya selendang kehebatan; maka (dengan
yang demikian) jadilah percakapannya nur, ilmunya nur, kalau ia diam, maka ada
atas dirinya kehebatan dan keagungan (al-waqar), dan bila ia berkata-kata Ia
menarik hati manusia dan pandangan mereka. Adapun sikap takabur itu adalah kesan
daripada sekian banyak kesan yang memenuhi kalbu, daripada kejahilan, kezaliman,
dan ujub atau heran kepada diri sendiri. Maka bila kalbu dipenuhi dengan yang
demikian, terkeluarlah daripadanya kehambaan (‘ubudiyyah) dan turunlah ke
atasnya kegelapan zulmat, sifat marah, maka berjalannya antara manusia dengan
bongkak, mu’amalahnya dengan mereka secara takabur, tidak memulakan memberi
salam (kepada orang lain)…(dalam al-mawahib al-laduniyyah –hashiyah al-Shaikh
Ibrahim al-Bajuri ‘ala al-Shama’il al-Muhammadiyyah lit-Tirmidhi-hal.16).
Dalam
kitab yang sama (hal.19) dalam hubungan dengan potongan dalam al-shama’il
yang bermaksud: Adalah Baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam
bercahaya-cahaya wajahnya seumpama bercahayanya bulan sewaktu penuh purnama –lalatul-badr-iaitu
malam kesempurnaannya, kerana Nabi s.a.w. menghapuskan kegelapan kufur
sebagaimana bulan menghilangkan kegelapan malam, dan sesungguhnya datang
riuwayat (juga) misalan Baginda seumpama matahari dengan memandang kepada
matahari itu lebih lengkap dalam pencerahan kegimalangan cahayanya, dan
pencerahan dengan cahayanya itu ada juga datang misalan Baginda seumpama
kedua-duanya (matahari dan juga bulan) dengan memandang kepada keadaan Nabi
s.a.w. menghimpunkan dalam dirinya tiap-tiap segi kesempurnaan, dan misal umpama
itu adalah sekadar untuk mendekatkaqn kepada faham, kalau tidak tidak ada
apa-apa yang menyamai Baginda dalam gambaran sifat-sifatnya. Dalam
teks yang sama (hal. 24) dalam hubungan dengan kenyataan Jabir bahawa ia melihat
Rasulullah s.a.w. pada malam bulan penuh
purnama ---aku melihat kepada Baginda dan kepada bulan padaku Baginda lebih
cantik daripada bulan.(ahsan minal-qamar), kata al-Baijuri: Yang
demikian itu adalah pada tiap-tiap orang yang melihat Baginda s.a.w. Hanyasanya
Baginda itu lebih cantik kerana nurnya mengatasi nur bulan (li’anna dau’ahu
yaghlibu ‘ala dau’I al-qamar), bahkan mengatasi cahaya matahari (bal wa
‘ala dauy’i al-shamsi); bahkan dalam satu riwayat ibn Mubarak dan ibn al-Jauzi
Baginda itu tidak ada bayang, dan bila Baginda berdiri dalam sinaran cahaya
matahari maka cahayanya mengatasi cahaya matahari, dan bila ia berdiri dalam
cahaya lampu maka cahayanya mengatasi cahaya lampu itu. (ghalaba dau’uhu
‘ala dau’i al-siraj). Dan
berkenaan dengan cahaya yang keluar di celah-celah gigi Nabi s.a.w. al-Baijuri
menafsirkan bahjawa itu cahaya hissi bukan hanya ma’nawi, sebab kalimah ru’iya
itu merujuk kepada melihat. (ibid. hal. 27). Dan
dalam hubungan dengan kenyataan kota Madinah cerah dengan cahaya dengan
kedatangan nabi s.a.w. beliau memahaminya cahaya yang hissi selain
daripada yang ma’nawinya. (ibid. hal.196). Dalam
hubungan dengan hadith yang kuat sandarannya dalam Tirmidhi berkenaan dengan
Allah mengenakan cahayanya atas sekelian makhluk, dan yang mengenanya dan yang
tidak mengenannya ialah seperti berikut: حَدَّثَنَا
الْحَسَنُ
بْنُ
عَرَفَةَ حَدَّثَنَا
إِسْمَعِيلُ
بْنُ
عَيَّاشٍ عَنْ
يَحْيَى
بْنِ أَبِي
عَمْرٍو
السَّيْبَانِيِّ
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ
الدَّيْلَمِيِّ
قَال
سَمِعْتُ عَبْدَ
اللَّهِ بْنَ
عَمْرٍو يَقُولُ
سَمِعْتُ
رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ
إِنَّ
اللَّهَ
عَزَّ
وَجَلَّ
خَلَقَ
خَلْقَهُ
فِي
ظُلْمَةٍ فَأَلْقَى
عَلَيْهِمْ
مِنْ نُورِهِ
فَمَنْ
أَصَابَهُ
مِنْ ذَلِكَ
النُّورِ
اهْتَدَى
وَمَنْ
أَخْطَأَهُ
ضَلَّ
فَلِذَلِكَ
أَقُولُ
جَفَّ
الْقَلَمُ
عَلَى عِلْمِ
اللَّهِ
قَالَ
أَبُو
عِيسَى هَذَا
حَدِيثٌ
حَسَنٌ Diriwayatkan
kepada kami oleh al-Hasan bin ‘Arafah, Isma’il bin ‘Iyash meriwayatkan
kepada kami dari Yahya bin Abi ‘Amru al-Syaibani, dari ‘Abdullah bin al-Dailami,
katanya Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata: Aku mendengar Rasulullah
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla
menjadikan sekelian makhluk dalam zulmah, kemudian Ia melemparkan ke atas mereka
daripada NurNya, maka sesiapa yang terkena daripada Nur itu dia mendapat hidayat
dan sesiapa yang tidak terkena Nur itu atasnya ia tersesat.Dengan itu maka aku
berkata: Qalam sudah kering atas Ilmu Allah.Kata Abu ‘Isa (Tirmidhi): hadith
hasan. Hadith
ini ialah berkenaan dengan takdir Ilahi tentang taraf-taraf makhluk mendapat
cahaya-nur- dari Tuhan dalam kehidupannya dan agamanya. Dengan ini maka boleh
difahamkan bahawa hidup mukminin adalah berdasarkan hakikat cahayanya, dan Nabi
s.a.w. adalah mukmin yang pertama sekali yang mendapat bahagian cahaya itu, dan
ia melebihi orang lain dengan sifatnya sebagai cahaya- termasuklah melebihi
walaupun malaikat yang terjadi daripada cahaya. Maka Nabi s.a.w. adalah makhluk
pertama yang mendapat cahaya itu melebihi para malaikat dan lainnya. Dalam
kitab Al-Anwar al-Muhammadiyyah mkin al-Mawahib al-laduniyyah karangan
Syaikh Yusuf bin Ismai’l al-Nabhani (Dar al-Fikr, tanpa tarik) disebut oleh
beliau beberapa maklumat berkenaan dengan Nur Muhammad. Antaranya ialah seperti
berikut: Maksud
yang pertama (dalam Kitab al-Anwar al-Muhammadiyyah…): Ketahuilah bahawa
bilamana berhubung Iradat Allah Taala bagi mengadakan makhlukNya maka Ia
menzahirkan Hakikat Muhammadiyyah dari anwarNya (dengan Qudrat dan IradatNya-UEM)
kemudian Ia menimbulkan daripada (nur itu) alam-alam semuanya, alam tingginya
dan alam rendahnya, kemudian Ia memasyhurkan kenabian Baginda walhal Adam belum
ada lagi, melainkan sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda salla’llahu
‘alaihi wa sallam-(ia adalah) antara roh dan jasad (yakni belum ada lagi),
kemudian terpancarlah daripada Baginda (yaitu nurnya itu-UEM) para arwah
, maka ia adalah dari jenis yang tinggi mengatasi semua jenis, dan ia adalah
bapa akbar (punca terbesar) bagi sekelian yang wujud (al-ab al-akbar li-jami’
al-maujudat);dan bila habis edaran masa dengan Nama yang Batin pada haknya
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (bagi berpindah) kepada wujud jasadnya dan
pertambatan roh dengannya, berpindahlah hukum zaman itu kepada Nama yang Zahir,
maka zahirlah Muhammad salla’Llah u ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan (dirinya
dan hakikat)nya, dengan jisim dan rohnya sekali. Maka (makna yang sedemikian itu
boleh terdapat) dalam (riwayat) Sahih Imam Muslim, bahawasanya Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala memaktubkan takdir sekelian makhluk (maqadir al-khalq)
sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun (melambangkan
masa yang terlalu amat lama yang tidak boleh ditentukan oleh manusia-UEM)
dan ‘ArashNya berada di atas air. Dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub
(demikian itu) ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam al-Nabiyyin. (Maka dalam
hubungan dengan hakikat yang sedemikian itulah ada riwayat-UEM) dari
al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa
Baginda bersabda: Sesungguhnya aku di Sisi Allah adalah khatam sekelian para
nabi walhal Adam masih terbujur dalam jasadnya, terbujur jasaadnya, belum
tertiup roh padanya. Dan (ada riwayat hadith) dari Maisarah al-Dabbi katanya:
Aku bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah, bilakah tuanhamba menjadi nabi?
Jawabnya: Sewaktu Adam masih antara roh dan jasad. (hal. 9) Dalam
Sahih Muslim dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah azza wa jalla memaktubkan takdir sekelian makhluk sebelum
dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun dan ‘ArashNya berada di
atas air, dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub dalam Ibu Kitab ialah
bahawa Nabi Muhammad adalah khatam sekelian anbia. (ibid. hal.9). Dan
dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam:
sabdanya: Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah khatam anbiya’ walhal Adam
terbujur dalam jasadnya iaitu terbujur sebelum ditiupkan roh padanya. (ibid. hal.
9-10). Hadith-hadith
yang menunjukkan kedudukan hakiki dan kelebihan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam juga dibicarakan oleh al-Imam Suyuti (men. 911 Hijrah) dalam kitabnya al-Hawi
lil-Fatawi, (Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, 1421/2000) dalam jilid 2
hal.136 dan seterusnya. Beliau menulis antaranya: Hadith
dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab, Anas, Jabir, ibn ‘Abbas, ibn ‘Umar, Abi
Darda’, Abu Hurairan dan lainnya (meriwayatkan) bahawa nabi salla’Llahu
‘alaihi wa sallam memberitahu yang Baginda itu tertulis (namanya) atas
‘Arash dan tiap-tiap langit, dan tiap-tiap pintu Syurga, atas daun-daun Syurga:
‘la ilaha illa’Llah Muhammadun Rasulullah’ Dan tidak termaktub yang
demikian itu dalam alam malakut melainkan atas daripada nama-nama anbia lainnya
[dan itu tidak lain] melainkan untuk para malaikat menyaksikannya dan [untuk
mereka mengetahui] hal keadaan Baginda diutus kepada mereka[ juga selain
daripada diutus kepada manusia]. Dan
ibn ‘Asakir mengeluarkan riwayat daripada Ka’b al-Ahbar bahawa Adammemberi
wasiat kepada anaknya Syith katanya: Tiap-tiap kali kamu berzikir menyebut nama
Allah maka sebutkan juga dengannya nama Muhammad; sesungguhnya aku melihat nama
Baginda itu termaktub atas tiang ‘Arash walhal aku di antara ruh dan jasad,
kemudian aku mengerling lihat lalu aku dapati tidak ada mana-mana tempat di
langit melainkan tertulis padanya nama Muhammad. Dan aku tidak melihat dalam
Syurga sebuah istana dan bilik melainkan tertulis padanya nama Muhammad, dan aku
melihat namanya tertulis atas leher bidadari… (hal 136-137 al-Hawi). Imam
al-Suyuti seterusnya menyatakan seperti berikut: Dan
al-Subki menyatakan dalam kitab karangannya bahawa Baginda salla’Llahu
‘alaihi wa sallam diutus kepada sekelian anbia –Adam dan nabi-nabi
kemudiannya, bahawa Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah nabi bagi
mereka dan Rasul atas mereka semuanya, dan boleh diambil dalil tentang yang
demikian itu daripada hadith nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ‘Aku sudah
nabi walhal Adam [masih] antara ruh dan jasad’ dan hadithnya ‘Aku
dibangkitkan kepada umat manusia seluruhnya’ (bu’ithtu ilan-nas kaffatan’).
Katanya [yakni kata al-Subki]: Dan kerana ini Allah mengambil janji atas semua
nabi-nabi untuk nabi Muhammad, seperti dalam firman Allah: [bermaksud] ‘Dan
Allah mengambil perjanjian …adakah kamu berikrar dan mengambil sebagai
perjanjian denganKu, mereka berkata kami berikrar, firmanNya Saksikanlah, Aku
bersama kamu sebagai saksi’ [Ali ‘Imran.81][Kata Imam al-Suyuti]:
Dikeluarkan hadith oleh ibn Abi Hatim dari al-Suddi tentang ayat itu, katanya:
Tidak dibangkit seseorang nabi mulai dari Adam melainkan Allah mengambil
janjinya supaya ia benar-benar beriman dengan Muhammad .Dan ibn ‘Asakir
mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas, katanya: Terus-menerus Allah mengutamakan
dan mendahulukan nabiu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sampai kepada
Adam dan nabi-nabi selepas daripadanya …(ibid.II.137) Dan
al-Hakim mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas katanya: Allah mewahyukan kepada
‘Isa: Berimanlah engkau den gan Muhammad dan suruhlah sesiapa yang bertemu
dengan Baginda itu dari umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana
Muhammad Aku tidak jadikan Adam, Syurga, dan Neraka. Kata
al-Subki: Kita tahu melalui khabar [hadith] yang sahih hasilnya kesempurnaan –sebelum
Adam dijadikan lagi- bagi nabi kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
dari sisi Tuhannya, dan Tuhan telah kurniakan kmepada Baginda itu nubuwwah dari
waktu itu lagi [waktu Adam pun belum ada], kemudian Allah mengambil dari para
nabi ikut janji untuk beriman dengan Muhammad, untuk memberitahu kepada mereka
bahawa bagfinda itu terdahulu dean terkedepan daripada mereka, dan Baginda itu
nabi dan rasul bagi mereka, dan pada makna mengambil janji itu ada makna
istikhlaf [yakni para nabi lain itu bertindak atas nama Muhammad], kerana itu
masuklah di dalamnya [dalam kata-kata tentangnya] lam al-qasam dalam
‘latu’minunna bihi’ dan ‘wa latansurunnahu’ [maknanya kamu benar-benar
beriman dengannya dan kamu benar-benar menolongnya bila sampai masanya].
(ibid.II.137) Kemudian
Imam al-Suyuti seterusnya menyebut tentang kelebihan nabi s.a.w. diambil janji
untuknya, bagaimana nabi-nabi lain menjadi makmum sembahyang di belakangnya pada
malam Isra’ Mi’raj, kemudian bagaimana nabi ada dua wazir di langit Jibril
dan Mika’il, dan di bumi dua, iaitu Abu Bakar dan ‘Umar, berdasarkan hadith
yang dikeluarkan oleh ibn al-Mundhir, ibn Abi Hatim, al-tabarani, ibn Marduyah,
dan Abu Nu’aim dalam ‘al-Dala’il’. Pada
tahap ini penulis ingin menukilkan catatan Dr GF Haddad dalam artikelnya “The
Light of Muhammad” dalam http://www.abc.se/~m9783/nurn_e.html
dan dalam artikelnya “The First Thing that Allah created was my nur” dalam http://www.abc.sel/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html;
Antara
para ulama yang disebut oleh beliau yang membicarakan soal Nur Muhammad ialah:
Ini
antara teks-teks yang disebut oleh beliau dalam tulisannya. Kesimpulan: Daripada
pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para mufassirin dan
muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada beberapa kesimpulan
yang boleh dibuat. Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah ada
hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan. Bahkan nurnyalah yang
merupakan makhluk pertama yang dijadikan oleh Tuhan, sebagai kekasihNya. Ia juga
punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam bawah atau
alam rendahnya, alam yang boleh dipandang dengan mata atau alam yang tidak boleh
dipandang dengan mata. Ia makhluk yang terawal dicipta dan yang terkemudian
sekali dibangkit dengan jasad dan rohnya dalam sejarah alam ini. Namun
kewujudannya sebagai nabi dan rasul diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam
seluruh sejarah umat manusia, antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith
berkenaan dengan Isra’ dan Mi’raj yang banyak dinukil oleh ibn Kathir dalam
Tafsirnya berkenaan dengan ayat awal Surah bani Isra’il. Nampaknya
tidak timbul keperluan untuk sesiapa terlintas pada mindanya dan terfikir bahawa
ulama tafsir, hadith, sirah, syama’il dan lainnya yang berbicara berkenaan
dengan nabi meminjam idea itu daripada mana-mana punca lain; tidak ada tercatit
dalam sejarah berlaku “peminjaman” idea ini dalam ulama kita, kecuali ada
penyelidikan kemudian yang mengikuti kaedah yang boleh diterima oleh ahli ilmu
kita. Nampaknya ia timbul daripada sumber Ahlis-Sunnah sendiri. Ini jelas sampai
para nabi dan rasul membuat perjanjian dengan Tuhan untuk beriman kepadanya dan
membantunya bila ia zahir dalam sejarah perjuangannya. Riwayat tentangnya berada
dalam generasi-generasi anbia dalam sejarah nampaknya diterima oleh ulama yang
berotoritas dalam ilmunya. Dalam umat ini. Kalau
terlintas diminda bahawa ini adalah tidak munasabah pada akal, maka banyak
perkara yang boleh dikatakan tidak munasabah pada akal yang berfikir secara ‘biasa’,
misalnya teori quantum tentang dunia yang ada ini dengan benda-bendanya tidak
“pejal’ bahkan ia samaada bersifat sebagai gelombang atau zarrah yang tidak
menentu sifatnya, samaada gelombang atau zarrah. Yang kelihatan pejal, keras
pada pandangan mata, pada neraca teori quantum adalah tidak demikian. Kalau
mengikut fikiran secara ‘biasa” e=mc2 adalah tidak munasabah; tetapi pada
ahlinya ia bukan sahaja ‘munasabah’ tetapi ada kebenarannya yang sangat
nyata. Atau lihat sahaja benih manusia yang terpancar ke dalam rahim, kemudian
selepas sembilan bulan lebih kurang ia menjadi manusia kecil yang bergerak,
hidup, demikian seterusnya, kemudian berkata-kata dalam beberapa bulan. Orang
boleh berkata sekarang: itu memang demikian. Ya, memang demikian yang berlaku
dalam sunnah Tuhan. Demikian pula kita boleh sebutkan demikian sunnah Tuhan
dalam hubungan dengan kejadian alam daripada nur Nabi kita s.a.w. Kalau
terlintas pada minda tentang hal yang demikian berlawanan dengan kejadian
manusia, dan nabi juga, daripada tanah, maka perspektifnya ialah: pada
hakikatnya tanah itupun asalnya daripada ‘nur’, yang kemudian
dimanifestasikan dalam bentuk tanah dan lainnya. Tetapi asalnya daripada
zat-sebelum-benda yang satu itu, nur itu, sebagaimana yang dihuraikan oleh
kosmologi ulama Sunni kita. Allah memberi rahmat kepada mereka. Dengan
itu ‘nur’ nabi itu bukan sahaja maknawi, secara bahasa misalan, tetapi
memang hakikatnya ia nur, yang melintasi sekelian nur, sehingga ia makhluk yang
berupa nur yang daripadanya dijadikan nur-nur yang lain dan zat-zat yang lain. Kalau
sekarang mereka berbicara tentang alam dari segi elektron, proton, neutron,
‘quarks’, ‘photon’ dan apa lagi, maka pada kita, sekalian daripada itu
semua, dasar segalanya adalah asalnya ‘nur’ nabi kita. Yang lain-lain itu,
bila benar pada pengamatan ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh diterima. Kalau
terlintas untuk minda sesiapa membuat tanggapan bahawa ini pantheisma, ini juga
tidak timbul, sebab pantheism adalah falsafah Barat yang baharu timbul dalam
abad ke IX yang memaksudkan serba-Tuhan, semuanya juzuk-juzuk daripada Tuhan,
walhal ini bukan demikian. Yang diajarkan ialah bahawa Tuhan menjadikan nur
Baginda sebagai makhluk terawal, yang menjadi punca segalanya kemudian Baginda
muncul dengan jasadnya dan rohnya bila tiba gilirannya di akhir zaman. Inilah
antara yang terlintas pada penulis yang kurang pengetahuan ini untuk menukilkan
riwayat-riwayat dari punca-punca para ulama yang muktabar dalam umat ini untuk
kefahaman dan pegangan bersama. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan
barakah dariNya. Amin
ya Rabbal-‘alamin. Wallahu’a’lam. =============================== *Penulis
amat berterima kasih kepada Encik Aman Hj Hasan dan Encik ‘Abd al-‘Aziz Hj
Hasan dari Pustaka Aman Press –jazaka’llahu khairan kathiran untuk mereka
berdua – atas kebenaran menggunakan bahan-bahan yang ada dalam Aman Press
untuk menjayakan penulisan ini.
|
|