|
||
|
MESEJ PENGARAH URUSAN Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Selamat datang ke laman web Akademi Latihan Inovasi Dan Motivasi (ALIM) yang dibangunkan khusus untuk menyalurkan informasi kepada para pengguna khususnya kepada mereka yang sedang mencari-cari tempat yang sesuai untuk menjalankan program latihan, kursus, kem, perkemahan, hari keluarga, mahupun beristirehat bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. ALIM merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi yang diurusmaju sepenuhnya oleh Tuntas Consultancy Sdn. Bhd. dan dibangunkan dengan konsep “Membina Ilmu Berteman Alam” yang mengabungjalinkan penyediaan prasarana latihan ‘indoor’ dan juga ‘outdoor’. Dengan itu ALIM mampu menjadi destinasi kursus/program yang terbaik buat anda, khususnya untuk kumpulan yang berminat untuk menganjurkan program/kursus yang berbentuk ‘total training’ dengan menyepadukan pendekatan kuliah, perbincangan kumpulan serta aktiviti lasak dan rekreasi luar. Dengan keunikan tersendiri yang akan anda terokai apabila melayari laman web ini, ALIM mampu menjanjikan pengalaman yang manis lagi berharga buat anda. Kami menjanjikan ‘Cabaran Kehebatan Alam’ yang sebenar untuk anda yang berminat dengan aktiviti rekreasi dan cinta alam. Untuk kumpulan yang inginkan ketenangan, keharmonian dan keselesaan dalam program/aktiviti anda, ALIM merupakan pilihan terbaik yang pasti membuatkan anda berpuashati dan lega. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ALIM dan menikmati layanan mesra kami sepanjang anda bersam kami. Jangan teragak-agak untuk menghubungi dan berbincang lanjut dengan pegawai-pegawai kami yang sentiasa sedia membantu. Semoga laman web ini dapat memberi gambaran dan maklumat yang jelas tenteng ALIM. "Looking
forward to serve you." KHALID
ADNAN |
|
© 2001. Tuntas
Consultancy Sdn. Bhd. Hakcipta terpelihara.
E-mail : tuntasconsultancy@yahoo.com
Konsep & rekabentuk oleh : Muhd. Shahrulmiza Zakaria