PROFIL SYARIKAT 
TUNTAS CONSULTANCY SDN. BHD.

LATAR BELAKANG

Tuntas Consultancy Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding latihan 100% milik bumiputera yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 29 Jun 1995 dengan tujuan untuk terlibat secara langsung dalam sektor pembangunan sumber manusia negara melalui penawaran khidmat perundingan latihan yang menyeluruh kepada pelbagai organisasi termasuk swasta, kerajaan dan lain-lain institusi masyarakat.

VISI

Menerajui usaha proaktif dalam merangsang daya saing dan pemantapan kualiti sumber manusia negara.

MISI

Untuk diiktiraf sebagai syarikat perunding latihan pembangunan sumber manusia dan organisasi yang terbaik.

BIDANG KEPAKARAN

Pengendalian Latihan

Memberi fokus utama kepada usaha untuk membangunkan kualiti individu melalui program-program latihan yang berfokus, terancang dan berkesan kepada golongan pelajar/remaja, belia, warga dewasa dan golongan pekerja. Antara bidang latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Motivasi Diri Dan Kumpulan

  • Pembangunan Kualiti Kepemimpinan

  • Pembinaan Semangat Berpasukan

  • Keberkesanan Pasukan

  • Peningkatan Prestasi Kerja

  • Penyelesaian Masalah Dan Membuat Keputusan

  • Kemahiran Asas Kaunseling

  • Komunikasi Berkesan

  • Pengurusan Masa Berkesan

  • Kemahiran Belajar Berkesan

Penyediaan Pusat Latihan

Menawarkan kemudahan pusat latihan yang kondusif serta sesuai untuk pelbagai jenis kursus dan latihan serta lain-lain aktiviti rekrerasi luar (outdoor) dan juga pelbagai acara rekreasi keluarga. Pusat  latihan ini dikenali sebagai Akademi Latihan Inovasi Dan Motivasi (ALIM) .Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Penginapan (Dormitori & Rumah Berkembar)

  • Dewan Ceramah

  • Amphitheatre

  • Bilik Bengkel/Wakaf

  • Surau

  • Dewan Makan

  • Bilik Urusetia Kursus

  • Alat Audio Visual

  • Sudut BBQ

  • Tasik / Kolam Memancing

  • Kemudahan Riadah & Sukan

  • Dataran Perhimpunan

  • Tempat Letak Kereta / Bas

  • Sirkit Merempuh Halangan

  • Kawasan Kembara & "Jungle Tracking"

  • Kawasan Perkhemahan

  • Peralatan Perkhemahan

  • Peralatan Aktiviti Tali

BUTIR_BUTIR SYARIKAT

Nama syarikat
     Tuntas Consultancy Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran
     348927-A

Tarikh Diperbadankan
     29 Jun 1995

Alamat Berdaftar
    Karung Berkunci 217, 42700 Banting,
    Selangor Darul Ehsan.

No. Tel / Faks
     03 - 8503612

E-mail
     tuntas@hotmail.com
     tuntasconsultancy@yahoo.com 

Pendaftaran Kementerian Kewangan
     Makanan Bermasak Islam (Pembekal)
     Kelengkapan/kemudahan awam (Pembekal)
     Pengurusan Pameran/Pentas (Perkhidmatan)
     Pelbagai-Penginapan Dan Kemudahan Latihan
     Tenaga Pengajar (Perkhidmatan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2001. Tuntas Consultancy Sdn. Bhd. Hakcipta terpelihara. 
E-mail : tuntasconsultancy@yahoo.com 
Konsep & rekabentuk oleh : Muhd. Shahrulmiza Zakaria