|
PROFIL
PERIBADI
KHALID
BIN ADNAN. PJK,
merupakan seorang perunding latihan dalam bidang pembangunan sumber
manusia. Berkelulusan Bacelor
Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) dan Master Sains (Pembangunan Sumber
Manusia). Selaku pengarah
urusan kepada syarikat perunding latihannya sendiri iaitu Tuntas
Consultancy Sdn. Bhd., kini beliau cukup aktif dalam memajukan pelbagai
program latihan pembangunan sumber manusia di pelbagai organisasi swasta,
badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan dan juga kerajaan.
Selaku
seorang kaunselor yang terlatih, beliau berpengalaman luas dalam mengurus
dan mengendalikan khidmat kaunseling dan terapi secara profesional dalam
pelbagai arena kaunseling individu dan kelompok seperti kaunseling
keluarga, kaunseling pra perkahwinan, kaunseling perkahwinan, kaunseling
remaja, kaunseling kerjaya, kaunseling pembangunan pekerja, kaunseling
pendidikan/akademik serta mentadbir ujian-ujian psikologi, personaliti dan
minat kerjaya.
Dalam
bidang latihan pembangunan kualiti pelajar, beliau banyak mengendalikan
pelbagai kursus dan program kecemerlangan pelajar seperti Kursus Motivasi
Kecemerlangan Pelajar, Kursus Pemimpinan Pelajar, Kursus Pembimbing Rakan
Sebaya, Kursus Aqil Baligh, Kem Pemulihan Pelajar Bermasalah, Kem Kembara
Didik, Kem Orentasi Kecemerlangan Pelajar (Kolej Swasta), Bengkel Teknik
Pembelajaran Bestari, Bengkel Persediaan Menghadapi Peperiksaan dan juga
Bengkel Perancangan Kerjaya Pelajar.
Dalam
bidang latihan pembangunan pekerja dan organisasi , beliau berpengalaman
luas mengandalikan pelbagai kursus dan program dalam bidang Kemahiran
Kaunseling Di Tempat Kerja, Peningkatan Motivasi Kerja, Peningkatan
Kualiti Kerja, Keberkesanan Pasukan, Pembangunan Kualiti Kepemimpinan,
Komunikasi Berkesan, Pengurusan Stress, Pengurusan Konflik dan Membuat
Keputusan.
Dalam
bidang penulisan, beliau banyak terlibat dalam penyediaan modul-modul
pembangunan kemanusiaan termasuk dalam bidang Pembangunan Mahasiswa,
Kecemerlangan Pelajar, Teknik Pembelajaran Cemerlang, Kemahiran Asas
Kaunseling, Latihan Mentor, Latihan Kejurulatihan, Latihan Kepemimpinan,
Keberkesanan Pasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Stress, Pengurusan
Konflik dan Membuat Keputusan.
KEMBALI
KE LAMAN SEBELUMNYA
|
KHALID ADNAN
|