|
||
|
TENTANG ALIM PENGENALAN Akademi Latihan Inovasi Dan Motivasi (ALIM) adalah sebuah pusat latihan dan rekreasi yang tenang, menyegarkan dan mempunyai keunikan yang amat tersendiri. Dibangunkan di atas tanah seluas 15 ekar di kaki Bukit Jugra dan menghadap ke muara Sungai Langat yang meliputi kawasan hutan rimba, paya bakau, tebingan batu serta tasik semulajadi. Keunikannya nyata terserlah dengan terbinanya prasarana latihan yang berlatarbelakangkan tebingan batu semulajadi setinggi 50 meter dan memanjang sejauh 100 meter serta dikelilingi oleh kehijauan hutan rimba ciptaan Tuhan yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Tasiknya yang luas dan menyamankan adalah amat sesuai untuk pelbagai aktiviti rekreasi air seperti memancing, berkayak dan sebagainya. Dengan wakaf-wakaf terbuka yang dibina di sekeliling tasik ini, ia turut menjadikannya begitu kondusif untuk pelbagai aktiviti perbincangan kelompok atau tugasan kumpulan. Ketenangan yang menyerlahkan kebesaran dan keunikan alam ciptaan Tuhan ini, menjadikan ALIM begitu sesuai untuk pelbagai bentuk kursus dan latihan serta lain-lain aktiviti rekreasi awam. LOKASI ALIM terletak di kaki Bukit Jugra berhampiran Makam Di Raja Sultan Abdul Samad, iaitu 15 km dari pekan Banting, Selangor. ALIM boleh dikunjungi melalui pelbagai laluan alternatif seperti berikut :
Klik di sini untuk melihat pelan lokasi ALIM PERTANYAAN DAN TEMPAHAN Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dikemukakan kepada:
TUNTAS CONSULTANCY SDN. BHD. Anda
juga boleh klik di sini untuk mengisi |
|
© 2001. Tuntas
Consultancy Sdn. Bhd. Hakcipta terpelihara.
E-mail : tuntasconsultancy@yahoo.com
Konsep & rekabentuk oleh : Muhd.
Shahrulmiza Zakaria