APA DIA PENYAKIT JIWA?
Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.
Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.
Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.
Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.
APAKAH PUNCA PENYAKIT JIWA?
Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-
APAKAH JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA?
Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.
APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA KITA MEMPUNYAI TANDA-TANDA MASALAH EMOSI?
BAGAIMANA MASYARAKAT BIASA BOLEH MEMBANTU?
Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa pesakit-pesakit jiwa adalah manusia biasa seperti kita yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. Sikap yang tidak ambil peduli, takut, salah anggap, memandang rendah dan penolakan terhadap pesakit jiwa merupakan masalah rumit yang dilemparkan masyarakat kepada pesakit jiwa.
Masyarakat lebih banyak mengancam pesakit jiwa daripada pesakit jiwa mengancam masyarakat. Sikap dan penerimaan kita mungkin merupakan faktor utama terhadap pemulihan pesakit jiwa.
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Kebanyakan pesakit yang memerlukan rawatan di dalam hospital ini mengidap penyakit ‘Psikosis’ dan ‘Depression’ yang tidak dapat dirawat di rumah.
Dua cara untuk memasuki hospital adalah :-
Di hospital mereka diberi rawatan yang moden oleh Pakar Sakit Jiwa, Pegawai Perubatan dan kakitangan hospital. Rawatan ini adalah melalui ubat-ubatan, terapi rundingcara (psycho-therapy), Unit Jurupulih Carakerja (Occupational Therapy), aktiviti rekreasi pesakit dan rawatan getaran elektrik.
PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
Perkhidmatan pesakit luar adalah untuk orang awam yang menghadapi masalah-masalah jiwa dan memerlukan pemeriksaan, nasihat atau rawatan. Pesakit yang telah keluar dari hospital juga diberi rawatan susulan melalui perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini dijalankan di Unit Pesakit Luar, tiap-tiap hari. Jika rawatan kecemasan diperlukan, perkhidmatan ini boleh didapati dari wad selepas waktu pejabat.
Copyright © 2004 uitm_ot - All rights reserved