MENGENALI SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan
dihidapi kanak-kanak SD:
Suasana membesarkan
kanak-kanak SD:
· Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD
bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:
Peringatan kepada ibu
bapa:
Cadangan kepada ibu bapa
Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak.
Maklumat lanjut, sila
hubungi:
Yayasan Sindrom Down Kiwanis 59, Jalan Gasing 46000 Petaling Jaya Telefon: 03-7571179, 03-75751861 |
Down
Syndrome Parents' Network 47300 Petaling Jaya Telefon: 03-7764319 |
Ciri fizikal kanak-kanak
SD :
Kepentingan permainan
Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.
· Permainan selidik dan jelajah
- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.
· Permainan membina dan kognitif
misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna
· Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi
· Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak
· Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
· Permainan bahasa
- meniru gaya cakap
- menyanyi
Pemilihan Alat Permainan |
|
Umur |
Permainan |
0 - 6 bulan |
Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit |
6 - 12 bulan |
Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta permainan cantum bina |
12 - 18 bulan |
Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod bercorak, bol, ai, buku bergambar |
18 bulan - |
Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka |
Copyright © 2004 uitm_ot - All rights reserved