SEMINAR KEBANGSAAN TOKOH-TOKOH TEMA: PEMBINA
DAN PENCORAK NEGARA TARIKH: 19 DAN
20 OGOS 2005 TEMPAT: ANJURAN
BERSAMA:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Dengan kerjasama JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG
Pelbagai pihak daripada pelbagai kegiatan telah menyumbang kepada pembentukan dan pembinaan negara-bangsa Malaysia. Dalam proses itu sumbangan bidang persuratkhabaran, terutama sewaktu sebaran am elektronik belum meluas, menjadi asas utama dalam gerak kerja penyebaran maklumat, pendidikan masyarakat, dan penggemblengan idea. Melalui akhbar (dan majalah) para pendidik, penulis, peneraju akhbar dan wartawan mendidik masyarakat, menyuntik perasaan insaf diri, merangsang kepekaan sosiopolitik, menyuburkan kesedaran kebangsaan, dan mengentalkan semangat dalam perjuangan mencapai dan mengisi kemerdekaan. Kejayaan sesebuah akhbar bergantung kepada gerak kerja bersepadu semua pihak yang terbabit dalam pengeluaran dan penyebarannya – pembiaya akhbar, pengarang-penyunting, wartawan-pelapor, penulis rencana, jurugambar, pelukis karikatur, pengatur huruf, penyenggara mesin cetak dan tidak kurang penting, para penyumbang dalam ruangan surat-surat daripada pembaca, serta para pengedar dan penjual akhbar. Dalam sejarah persuratkhabaran di Malaysia dalam kurun yang lalu, kurun yang penuh dengan pelbagai perubahan dan anjakan besar-besaran, nama-nama seperti Sayyid Syaikh bin hamad Al-Hadi, Mohd. Salim Al-Kalali, Haji Abbas Mohd. Taha, Muhammad Yunus Abdul Hamid, Mohd. Eunos Abdullah, Muhammad Yusuf Abdul Hamid, Muhammad Yusuf Kenali, Muhammad bin Dato’ Muda, Sayyid Hussain bin Ali Al-Saggof, Mohd. Rakawi Yusuf, Hajjah Zain Sulaiman, Onn bin Jaafar, Abdul Rahim Kajai, G.Sarangapany, Teoh Bak Kin, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Yusuf Ishak, Ahmad Boestamam, A.Samad Ismail, A.Murugaiyan, M.Chithambaram, M.Dhurairaj, S.S.Mohideen, M.M.Dawood serta Chen Lian Qing, Yu Dasu, Hu Yuzhi dan banyak lagi adalah antara nama-nama terkenal yang menyumbang kepada pembentukan dan pembinaan negara-bangsa Malaysia meliputi pelbagai bidang. Maka demi mengimbas kembali sejarah persuratkhabaran dan gerak kerja para peneraju, pembina dan penggerak alam persuratkhabaran tanah air dalam kurun ke-20 itulah seminar dianjurkan. Diharapkan daripada kertas-kertas kerja yang dibentangkan dan perbincangan mendalam yang dilakukan banyak butiran dan rumusan baru dapat dihasilkan bagi memperkaya lagi khazanah maklumat tentang sejarah pembentukan dan pembinaan negara Malaysia khususnya yang berpunca dan berkaitan dengan persuratkhabaran dalam kurun ke-20 itu. Kertas-kertas kerja yang terpilih akan dibukukan untuk rujukan umum. Megumpul dan memperlengkap maklumat tentang tokoh-tokoh persuratkhabaran di Malaysia terutama persuratkhabaran Melayu dalam kurun ke-20. v Mengesan dan merakam perjuangan serta sumbangan tokoh-tokoh persuratkhabaran negara dalam membina dan membangunkan negara serta masyarakat Malaysia. v Menyedarkan masyarakat tentang peranan penting yang telah dan boleh dimainkan oleh bidang persuratkhabaran dalam memenuhi aspirasi negara dalam semua segi. v Mempertingkat kesedaran masyarakat tentang sejarah, bahasa, budaya dan jati diri bangsa serta peranan akhbar dalam hal ini. v Menggembleng pemikiran para intelek dan masyarakat kea rah meningkatkan keberkesanan persuratkhabaran sebagai wadah perpaduan dan pembangunan manusia dan negara Malaysia. Sebahagian besar kertas kerja akan dibentangkan oleh para sarjana yang dikenali pasti baik dari dalam dan luar USM. Kertas kerja tambahan yang relevan dengan tema/topic seminar amat dialu-alukan. Tuan puan yang berminat membentangkan kertas kerja dijemput menghubungi urus setia seminar dengan megemukakan tajuk berserta abstrak tidak melebihi 150 patah perkataan selewar-lewatnya pada 30 April 2005. Kertas kerja yang lengkap sekitar 15 halaman dengan langkau 1.5 baris menggunakan Times New Roman-Font 12, hendaklah dihantar kepada urus setia dalam bentuk bercetak berserta disket/e-mel (vthila@usm.my/mahani@usm.my) pada atau sebelum 1 Julai 2005. Pihak penganjur berhak menerbitkan kertas kerja tersebut dalam bentuk prosiding. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Setiausaha JUDUL-JUDUL KECIL Seminar ini meliputi bidang-bidang politik, social, ekonomi, bahasa, sastera dan sosiobudaya. Tumpuannya ialah pada: i. Peneroka Akhbar-akhbar Malaysia ii. Tokoh-tokoh pengarang, Wartawan,Para Penyumbang Rencana/Tulisan Kepada Akhbar Sebelum Merdeka. iii. Tokoh-tokoh Pengarang, Wartawan, Para Penyumbang Rencana/Tulisan kepada Akhbar Selepas Merdeka iv. Tokoh-tokoh Pengarang, Wartawan, Para Penyumbang Rencana/Tulisan Kepada Akhbar dalam Bidang Budaya, Bahasa dan Kesusasteraan Sebelum dan Selepas Merdeka v. Tokoh-tokoh Pengarang, Wartawan, Para Penyumbang Rencana/Tulisan Kepada Akhbar dalam Bidang Sosial dan Ekonomi Sebelum dan Selepas Merdeka. vi. Tokoh-tokoh Pengarang, Wartawan, Para Penyumbang Rencan/Tulisan Kepada Akhbar dalam Bidang Politik dan Hubungan Antarabangsa Sebelum dan selepas Merdeka. Penyertaan terbuka kepada para: Sarjana, pengkaji, penulis, wartawan, guru, pengawai kerajaan dan swasta, pelajar dan orang awam yang berminat dalam bidang persuratkhabaran dan yang berkaitan. YURAN PENYERTAAN Individu: RM 150.00 Pelajar Ijazah Tinggi: RM 60.00 Pelajar Prasiswazah/Sekolah Menengah: RM40.00 Yuran ini mencakupi: Penyertaan dalam sesi, Bahan Seminar, Makan Minum semasa Seminar PENGINAPAN Penginapan hendaklah diuruskan sendiri oleh peserta.Antara hotel/rumah tetamu yang dicadangkan, termasuklah: i. Rumah Tetamu USM..................04-6532050 ii. Rumah Tetamu RECSAM..........04-6597928 iii. Hotel Vistana.............................04-6468000 iv. Hotel Equatorial.........................04-6438111 v. Hotel Seri Malaysia....................04-6429452 Cek/Wang Pos/Draf Bank dibayar atas nama Bendahari USM dan dialamatkan kepada:
Puan Nik Haslinda Nik Hussain,
|
|