TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (498)
Bagaimana Mahathir Berdusta Sehingga Tercabut Nyawanya
( How Mahathir lied his way to Doom )
Oleh: Spirit of Truth

Ketika Mahathir berdusta mengenai kelakuan songsang Anwar Ibrahim, dia sebenarnya telah menabur benih kemusnahan dirinya. Seperti yang termaktub dalam Al-Quran:

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.”  Ayat 10, al-Baqarah.

Surah ini memperakukan tanpa berdolak-dalik, betapa penyiksaan menanti seorang manusia yang amat gemar berdusta, dan Mahathir sudah berbohong untuk memperkasakan konspirasinya sehingga berjaya seperti yang direncana. Dia melakukan kesalahan besar (khasak) kerana merencana saksi palsu untuk menjahanamkan seorang manusia yang tidak berdosa. Seorang pemimpin yang bergantung kepada dusta untuk mengukuhkan kuasanya, dan menyalah-gunakan kuasa eksekutifnya untuk menghalalkan segala bentuk pendustaan itu, adalah seorang yang sudah haprak hidupnya. Si bangsat yang haprak seperti itu tidak dapat bertahan lama, kerana terpaksa berdepan dengan kesilapan besarnya, dan lambat-laun akan terpaksa berdepan dengan segala kesan pembohongannya, yang sudah pasti akan membengkak untuk menelan diri si pendusta itu juga.

Otak Mahathir semakin mereput kesan pembohongan yang berturut-turut

Seseorang yang suka berdusta adalah manusia yang mempunyai perwatakan yang bercelaru, seorang pendusta seperti Mahathir adalah lebih dahsyat dari itu, kerana dia semakin dihantui gesaan untuk terus berdusta sebagai pelindung pembohongan yang pertama, dan semakin dia berbohong dan menipu orang akan membenci perangai itu, dia akan kehilangan maruah dan martabat dan akhirnya keupayaan mentalnya akan tersumbat, menyebabkan dia nyanyuk dan melarat. Demikianlah keadaan minda diktator yang zalim ini, yang terlalu rakus mahukan kuasa sehingga memaksa dirinya menjadi pendusta teragung negara. Kini, Mahathir sudah menjadi satu lambang pembohongan, yang diraihnya ketika dia mula-mula merencana konspirasi untuk menjahanamkan Anwar Ibrahim. Pendustaannya telah merobah mindanya, mengganggu pemikirannya, sehingga mendorongnya ke bibir jurang keaiban moral yang dalam. Bahana dosa yang diperolehinya gara-gara pendustaan itu, terserlah dalam perlantikan seorang pegawai perundangan menjadi Peguam Negara. Gani Patail, a legal moron (seorang pegawai perundangan yang bangsat) telah dipilih oleh Mahathir kesan kecelaruan minda yang sudah tidak mampu menilai antara yang baik dan yang sebaliknya. Mahathir akan terus melakukan kesilapan seperti ini sehinggalah dia sendiri musnah dan melakukan gelagat keanak-anakan, dan masa semacam itu memang tidak akan lama lagi.

Pembalasan Yang Menanti Mahathir – hidup ataupun mati

Pembalasan daripada janji Allah, lambat laun akan datang menziarahi Mahathir, dan ini adalah merupakan satu kemestian yang merupakan penentuan takdir. Apakah ini muncul dalam bentuk kuasa Allah yang sekaligus mencetuskan proses pembersihan terhadap semua pihak yang terlibat, di mana bahang api penyiksaan akan mendera Mahathir yang selama ini melakukan kerja jijik yang menyalahi tatasusilaan dan mengajar manusia agar tidak berdusta semata-mata kerana mahu hidup bergaya. Pembalasan ini akan memastikan betapa yang berdosa itu akhirnya akan didera mengikut penentuan Allah, tanpa ada sesiapa yang dapat dikecualikan, kerana seandianya seoang pendusa dapat terlepas dengan cara menggunakan kuasanya, seluruh dunia ini akan hancur kerana pendustaan manusia. Para pendusta yang merempat merata dan berbohong hidupnya akan membawa kemusnahan tamadun manusia kerana sesuatu masyarakat itu tidak boleh hidup dengan bertiangkan pembohongan. 

Kemusnahan Mahathir tidak boleh ditepis oleh propaganda segala dusta

Hari berganti hari, penyiksaan dihatinya terus membara, sedangkan usinya sudah menjangkau tangga 77 tahun, kematian akan menyambar tanpa ada pengisytiharannya, bila-bila masa di mana juga untuk penzalim ini yang kuat berdusta. Inilah yang menyebabkan dia jadi lebih terkenal sebagi pendusta yang paling hebat, pendakwa yang paling dahsyat dan penzalim yang paling jahat. Dia tidak akan mampu menebus segala dosa dan dusta. Adalah amat sukar untuk dia membetulkan semula segala pendustaan yang dilakarnya tehadap Anwar Ibrahim, kerana dia sudah berada di satu tahap yang menjeratnya, yang tidak akan melepaskannya kerana setiap kali sesuatu dusta itu dicanang ia tidak dapat ditarik balik laksana bayang. Segala jentera propaganda, semua khadam dalam kabinetnya, pihak media yang menjadi hamba abdinya dan beberapa kumpulan mafia yang bertungkus lumus menentukan pendustaannya itu diserlahkan laksana satu kebenaran, tidak mampu membuat sesuatu menukar setiap pendustaan itu. Kematian Mahathir sudah semakin hampir, sebagai pendusta yang paling unggul, penghukum bertaraf algojo, dan seorang panzalim yang sungguh ganas yang sanggup mendera rakyatnya sendiri semata-mata kerana gilakan kuasa.

Mahathir sudah ditentukan oleh kuasa balasan Illahi, dan dia akan mati juga nanti, sebagai insan yang sungguh tidak berhati perut, pendusta besar yang sudah nyanyuk dan gila yang belum pernah dialami oleh rakyat Malaysia sebelum ini.

- Semangat Kebenaran (Spirit of Truth)
24.11.01

Terjemahan oleh SPAR

Click Here!

http://e-umno.tripod.com/