Selamat           Datang           ke              Laman            Web
 
Kejayaan dan Pencapaian KLSD

Di Peringkat Antarabangsa

   
1 Murshid bin Alaidin, salah seorang ahli SHIMA berjaya menakluki Gunung Kala Pattar di Nepal pada 25 Oktober 1989.
2 SHIMA telah diterima sebagai Ahli CISS (International Committee of Sports for the Deaf) 1992 dan WFD (World Federation of the Deaf) 1994. Buat pertama kalinya SHIMA menghantar kontijen Pekak Malaysia ke 17th World Games for the Deaf di Sofia, Bulgaria pada tahun 1993 dan berjaya memperolehi 2 pingat perak dalam acara Badminton.
3 Presiden KLSD 1994-1997, Mohamad sazali Shaari telah dipilih untuk mewakili World Federation of the Deaf (WFD) bagi menyertai “ Panel of Experts for the United Nation Standard Rules on the Equalization of Opportunites for People with Disadlities” di Commmission for Social Development on Disability, Bangsa-Bangsa Bersatu dari tahun 1995 hingga 1999.
4

Pengerusi KLSD Mohamad Sazali Shaari telah diberikan penghormatan mewakili World Federation of the Deaf ke 4th Asia/Pacific on Deafness di manila, Philippines pada 15-18 Disember 1994.

5 14 pemain Pekak mengetuai Kontinjen Malaysia ke Taipei Sports Festival and Asia Pacific Track and Field. Badminton, Table Tennis Invitation for the Deaf di Taiwan dari 17-20 Februari 1995. Malaysia berjaya memperolehi 2 pingat emas melalui acara badminton Men Single dan Men Double. Pada 5-9 Januari 1996 sekali lagi KLSD menghantar kontinjen Malaysia ke 1996 taipei Forever-Living Bowl Champions for the Deaf di Taiwan.
6 Pengerusinya, Mohamad sazali bersama Ho Koo Wei mewakili Malaysia ke 12th World Congress of the Deaf bertema “Towards Human Rights” di Vienna, Austria pada 6 hingga 11 julai 1995.
7 Pada1-7 Julai 1995, 7 orang ahli belia KLSD mewakili Malaysia ke 1 st WFD Youth Camp di Piesendort. Austria anjuran Persatuan Orang Pekak Austria dengan kerjasama oleh WFD Youth Section.
8 Seramai 25 orang ahli KLSD berpeluang melawat sambil belajar ke Lake Toba, Indonesia pada 6 hingga 10 Disember 1995.
9 KLSD bersama PDA dan KDA menganjurkan Mesyuarat World Federation of the Deaf Asia/Pasifik Representative ke 8, Pualau Langkawi pada 5-6 Disember 1996 telah diadakan bagi membincangkan hal ehwal orang Pekak di rantau Asia Pasifik
10 KLSD berjaya menganjurkan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik ke 5 pada tahun 1996 di Kuala Lumpur. Sukan ini menarik lebih 500 orang peserta dari rantau Asia Pasifik dan mempamerkan pencapaian sukan setaraf dengan orang bukan Pekak. Malaysia telah memperolehi 6 pingat emas, 4 pingat perak dan 7 pingat gangsa.
11 Persidangan World Federation of the Deaf Pasifik ke 4 yang bertema “Bilingualism in Deaf Education” diadakan buat pertama kalinya pada 6-8 Disember 1996 di Malaysia bertujuan memberi pendedahan kepada pengetahuan serta maklumat yang terkini berkaitan pendidikan orang Pekak.
12 Kem Belia Pekak asia Pasifik Pertama yang bertema “ Alaf Baru, Visi Baru” di Tasik Pedu, Kedah telah berjaya menarik 80 orang peserta dari rantau Asia Pasifik dan mengharungi pelbagai aktiviti lasak serta mendalami kepimpinan yang disampaikan oleh Joe Murray, Presiden Seksyen Remaja Pekak Persekutuan Sedunia Orang Pekak (WFD), Dr Steven Chough dari gallaudent Universiti USA dan tidak asing lagi Encik Mohamad sazali Shaari, Pemimpin Pekak Malaysia.
13 Ahli Jawatankuasa KLSD, Encik mohd Sazali (1991), Puan Sariah Ibrahim (1997) dan Encik Kamarzaman Harun (1998) telah terpilih untuk menghadiri Kursus Kepimpinan Orang Pekak Asoia / Oceania anjuran JICA di Jepun bagi memantapkan organisasi Bantu diri.
14 Encik Rosly bin Hussien, ahli KLSD yang juga merupakan penyerang pasukan bolasepak Malaysia telah menerima anugerah Pemain Bolasepak Pekak Asia/Pasifik Terbaik 1996. Beliau pernah mewakili Malaysia ke Seoul’ 92, Taipei 2000 dan Rome 2001.
15 Cik Artika Suraya Ayub, ahli KLSD pemain badminton wanita Pekak terhandal dengan meraih 2 pingat Enas dalam SKOP 13, Kelantan (2001), 1 pingat gangsa dalam Sukan Orang Pekak Asia pasifik ke-16 di Taipei, Taiwan (2000) dan 1 pingat perak dalam Sukan Deaflimpik ke-19 (2001)

    

Utama


 
 
Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur @ 2003