Selamat           Datang           ke              Laman            Web
   

Pengenalan

Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur atau nama ringkasnya KLSD adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuh dan ditadbir oleh orang pekak sendiri sejak 26hb. Jun 1987. Ia yang paling aktif di negara kita.

KLSD telah mencapai kejayaan demi kejayaan menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. KLSD telah mendapat pengiktirafkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Buruh Wilayah Persekutuan, Wakil Agensi Kerajaan, NGO pekak, Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia.

Sehingga kini KLSD telah mencapai 16 tahun sejak penubuhan KLSD, halangan demi halangan terpaksa KLSD tempuhi dengan penuh komitmen, kesabaran, pengorbangan masa dan tenaga oleh para pejuang Pekak dan penyokong bukan Pekak agar sentiasa dikenali oleh semua masyarakat umumnya.

KLSD akan terus bergerak maju ke hadapan sambil berjuang memastikan orang Pekak dapat bersama-sama menikmati hak kerakyatan dengan warga yang lain dalam menuju Wawasan 2020.

Utama


 
 
Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur @ 2003