Ringkasan |
Contoh ayat |
- Huruf Besar
- 1. Digunakan pada permulaan
sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
- 2. Digunakan untuk menulis
Kata Nama Khas
- 3. Digunakan pada awal
menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
- 4. Digunakan selepas tanda
seruan.
|
- a. Ibu memasak nasi.
- b. Tan seorang budak
yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
- a. Amin, ketua Kelas
Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.
- b. Ahmad membaca buku
bertajuk Bukit Rahsia yang ditulis oleh Idris Rahman.
- a. Dengan lantang ibu
berkata Bangun, kemu sudah terlewat ke sekolah.
- b. Bilakah awak
hendak ke pekan ? Hari inikah ? tanya Burhan.
- a. Amboi, cantiknya baju dia
! Di mana dia membelinya ?
|
- Tanda noktah atau titik ( .)
- 1. Digunakan untuk
mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
- 2. Digunakan untuk menulis
huruf ringkas atau kependekan.
|
- a. Dia baru pulang dari
sekolah.
- a. Kami melawat R.T.M.
- a. Bapanya dianugerahkan
pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
|
- Tanda koma ( , )
- 1. Digunakan untuk
memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
- 2. Digunakan selepas kata
seruan.
- 3. Digunakan untuk
memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
- 4. Digunakan di belakang
pada kata penghubung pada awal ayat.
|
- a. Abang pergi ke kedai
membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
- a. Wah, bijak betul budak
itu !
- a. Cikgu Asrul berkata,
Tolong ambilkan buku kuning itu.
- b. Biarkan dia lakukan
sendiri kerja itu, pesan ibu.
- a. Oleh itu, kita mesti
bertindak dari sekarang.
- b. Jadi, dia pun lari dari
situ.
|
- Tanda Tanya atau soal ( ? )
- Digunakan untuk menamatkan
ayat soal.
|
- Pukul berapa dia pergi ke
sana ?
|
- Tanda Seruan ( ! )
- Digunakan di hujung
ayat-ayat seruan.
|
- a. Oh, awak rupanya yang
mengetuk pintu tadi !
- b. Eh, bila kamu sampai !
|
- Tanda Sempang atau Sengkang
( - )
- 1. Digunakan untuk menulis
kata ganda.
- 2. Digunakan untuk
merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.
- 3. Digunakan untuk
merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.
- 4. Digunakan untuk
merangkaikan angka dengan akhiran -an.
|
- a. Gunung-ganang, lauk-pauk,
bukit-bukau, kuda-kuda
- b. rahmat-Nya, Se-Malaysia,
anti-Amerika, Insya-Allah.
- a. Ke-60, ke-10
- b. Mereka menyambut ulang
tahun perkahwinan yang ke - 5.
- a. 60-an, 70-an, 80-an,
90-an
- b. Irama Pop Yeh-Yeh
terkenal pada tahun 60-an.
|
- Tanda Noktah Bertindih ( : )
- 1. Digunakan untuk
menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.
- 2. Digunakan untuk
menggantikan maksud iaitu.
- 3. Digunakan untuk
memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
- 4. Digunakan untuk
menerangkan sesuatu dalam ayat.
|
- a. Kamu mesti belajar
bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
- b. Kita mesti membantu orang
yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
- a. Cikgu : Mengapa awak
tidak datang ke sekalah semalam ?
- Sani :
Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
- a. Di dalam beg ini ada :
- i- buku
- ii- pensil
- iii- pembaris
- iv- pemadam
|
- Tanda Koma Bertindah ( ; )
- 1. Digunakan untuk
memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
- 2. Digunakan untuk
memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.
|
- a. Bawakan barang-barang ini
dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
- b. Kami semua lulus dalam
ujian matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
- a. Dia seorang budak yang
baik ; kami semua sayang kepadanya.
- b. Buktikan kepandaian kamu
; kalahkan pasukan mereka.
|
- Tanda Pengikat Kata atau
Petik ( )
- 1. Digunakan untuk menulis
cakap ajuk.
- 2. Digunakan untuk menulis
nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
|
- a. Saya hendak pergi
ke perpustakaan, kata Ghani.
- b. Adnan berkata,
Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu.
- a. Cikgu Hashimi menulis
sebuah buku bertajuk, Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R.
|