Dialog
Dialogue
. .
Petikan dialog dari filem:
Filem : BARA
Carlos - "Biar aku tamatkan pelarian kau, bangsat! Tak ada bezanya kau hidup atau mati!"
more
Filem : LABU DAN LABI
Labu - "Siapa setan? Aku bukan setan. Aku Haji. Haji Labu. Kau setan. Kau setan bakhil bin kedekut!"
more
Filem : LENJAN
Zarin - "Baju saya semuanya dah kotor.. ingat nak pinjam sehelai"
more
Filem : RINGGIT KASORRGA
Dato' Shah - "Okay Meera.. I've got to go. Bila kita nak 'main' lagi?"
more
Filem : SCOOP
Norman - "Oho.. some people say I look like, err.. Johnny Depp!"
more
Filem : SOAL HATI
Daniel - "Bagi saya, perempuan zaman sekarang ni semuanya materialistik, kosmetik, plastik"
more
Filem lain (lihat di bawah) :
Dari Jemapoh Ke Manchestee, Penarik Beca, Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Labu dan Labi, Senario The Movie, Ali Setan, Mekanik, Hang Jebat, Perempuan Melayu Terakhir, XX Ray II, Hang Tuah

Petikan dialog dari album soundtrack:

Dari Jemapoh Ke Manchestee
Adegan 1 - di padang bola
Yadi - "Jemapoooohh..... bodoooohh....."

Adegan 2 - bosan
Yadi - "Halamaak... palat la kampung ni. Aku bosan macam nak mati kat sini. Tengok, main bola pun takde kaki. Semua dah masuk askar"

Adegan 3 - cita-cita
Mafiz - "Mana kita nak pergi ni jang?"
Yadi - "Aku tak mahu lama di sini. Ini bukan kampung aku. Ada chance blah, aku blah"
Mafiz - "Blah...? Ke mana?!"
Yadi - "Aku? Kau tanya aku? (ketawa) Dari dulu aku dah cakap..... aku nak pergi.. Manchestee"

Adegan 4 - radio curi
Mafiz - "Berhenti! Yadi, berhenti!
Yadi - "Kau lupa bawa kau punya... ambik ni untuk ganti. Tak beli... aku ambik je!"
Mafiz - "Apa? Kau curi dari kedai tu?!"
Yadi - "Aku ambik... tapi aku tak bayar!!"
Mafiz - (marah) "Eghh..."

Adegan 5 - dalam perjalanan
Yadi - "Takkan sampai Liverpool pun kau tak nak cakap dengan aku? Berapa lama kita dah kawan? Takkan kau nak ambik hati sangat... Aku silap sikit. Maaflah... Pasal radio ni pun kita jadi bergaduh. Radio sial ni!"

Adegan 6 - kawan baru
Mila - "Ni nak ke mana ni?"
Mafiz - "Kami nak pergi Manchestee.."
Mila - "Manchester-lah, bukan Manchestee!"

Adegan 7 - jumpa polis
Polis - "Mana? Manchester?"
Yadi - "Ha"
Polis - "(ketawa)"
Yadi - "(ketawa kecil)"
Polis - "Bagus... kau orang ni. Macam ni lah anak muda, heh, mesti berani. Hmph, apa dok tidur kat kampung aje. Bagus, bagus, baik-baik jalan"

Adegan 8 - jumpa polis lagi
Polis - "Aku ni pun, pasal kerja. Kalau tidak, boleh campur dengan kau orang. Hmph, waktu muda ni lah kalau nak berani pun. Dah tua macam aku ni, semuanya takut. Angan-angan ada, tapi tak pernah jadi cita-cita"


Dialog dalam lagu:
Tajuk lagu : Engkau Laksana Bulan (1990)
Penyanyi : Sheila Majid
Dialog dari filem : PENARIK BECA
Azizah - "Amran, aku sangka kita tak dapat berjumpa lagi"
Amran - "Begitu juga aku Azizah"
Azizah - "Lebih baik aku mati daripada menanggung siksa begini"
Amran - "Jikalau kau ingin mati, aku juga tak ingin hidup Azizah. Tetapi lebih baik kita bersabar. Tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar"
Azizah - "Nampaknya tak guna kita bersabar lagi Amran. Aku cintakan kau. Bawalah aku lari Amran"
Amran - "Tak boleh Azizah!"

Tajuk lagu : Papa Mama (1993)
Kumpulan : Kris
Dialog dari filem : IBU MERTUAKU
Nyonya Mansor - "Kassim Selamat...? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?"
Sabariah - "Ahli muzik"
Nyonya Mansor - "Ahli muzik?! Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!"

Tajuk lagu : Da Capo - instrumental (1996)
Kumpulan : The Pilgrims
Dialog dari filem : LABU DAN LABI
Jesse Labu - "Hey, jangan pegang dia!! Scram you!!" (di susuli dengan bunyi tembakan)

Tajuk lagu : Positif (1999)
Penyanyi : Man Bai
Dialog dari filem : PENDEKAR BUJANG LAPOK
Cikgu Ros - "Aa.. sekarang Cik Sudin pulak"
Sudin - "Saya cikgu"
Cikgu Ros - "Aa.. kenal tak dengan huruf ini?"
Sudin - "Saya kenal cikgu"
Cikgu Ros - "Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ni matanya di atas"
Sudin - "Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai toncet"
Murid-murid - "Toncet?! (ketawa) Ha ha ha..."
Cikgu Ros - "Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat"
Pak Abu - "Cikgu.."
Cikgu Ros - "Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak"
Pak Abu - "Yang mana?"
Cikgu Ros - "Yang ini.."
Pak Abu - "Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M"
Cikgu Ros - "Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!"
Pak Abu - "Huruf Kha?"
Murid-murid - "(ketawa) Ha ha ha ha ha..."

Dialog bergambar:

Senario The Movie

Filem : SENARIO THE MOVIE
Shamsul - "Aku tembak kang!"
Pak Tam - "Jangan laa... Kalau engkau tembak aku, nanti aku mati.. macam mana nak sign"
Shamsul - "Haaa... kalau Pak Tam dah mati kena tembak, tanah tu secara otomatik akan menjadi milik anak Pak Tam, dan... saya akan kahwin dengan anak Pak Tam"
Pak Tam - "Nhh.. ada hati nak kahwin dengan anak aku. Muka macam jambatan tak siap!!"

Dialog popular:

Filem : ALI SETAN
Ali - "Kau bukan saja telah merosakkan diri kau, tapi kau telah merosakkan hati ayah dan mak yang tidak berdosa Tipah"
Tipah - "Tipah tahu bang.. tapi Tipah sangka dia betul-betul sayangkan Tipah. Tipah tak sangka jadi begini. Keluarganya semua baik-baik belaka. Rupa-rupanya.. Tipah tertipu bang. Tipah tertipu"

Filem : MEKANIK
Syamil - "Nina? Saya ingat tadi awak 'orang putih'"
Nina - "Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke... orang biru ke. Kita orang Malaysia kan?!"


Dialog pilihan:
Filem : HANG JEBAT
Hang Jebat - "Dia (Hang Tuah) telah terfitnah kak. Ini semuanya angkara Tun Teja. Titis air mata yang mengalir.. akan ku sukat dengan darah mereka yang bertanggungjawab. Mereka berniaga dengan darah, juga darahlah akan ku bayar hutangnya"
Hang Jebat - "Demi Allah aku bersumpah, bumi dan tumbuh-tumbuhan menjadi saksi. Setitik darahmu gugur ke bumi, abang Tuah, akan ku basahkan bumi Melaka ini dengan darah"
Hang Jebat - "Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!"

Filem : HANG TUAH
Hang Jebat - "Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya -kenapa Jebat derhaka?- tentu orang akan menjawab -kerana rajanya yang tidak adil-!!"
Hang Jebat - "Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah"
Hang Tuah - "Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?"

Filem : PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR
Mustika - "Berkopiah, berjubah, bertudung litup, apakah itu baru Islam bagi pandangan abang?"

Filem : XX  RAY II
Amir - "Sultan Melaka memang agung, tapi tak semestinya bijak. Abang (Tuah) cuba fikir, abang sendiri pernah difitnah dan kemudian dihukum Sultan tanpa disiasat. Pemerintahan begitu yang abang akur?"
Kak Shima - "Minta maaf, adik saya tak tahu apa yang dia cakap"
Amir - "Saya tahu apa yang saya cakap!"
Kak Shima - "Tapi kita tak berhak ubah sejarah, dan kita tak berhak berada di sini"
Amir - "Kakak tengok orang ni (Hang Jebat). Orang ni yang cuba ubah sejarah. Dia penentang tradisi pemerintah yang memerintah ikut hawa nafsu. Dia pengasas demokrasi!! Abang Tuah dan abang Jebat boleh bersatu untuk membina Melaka yang lebih baik. Tak ada tindas menindas, tak ada pemerintahan kuku besi. Rakyat Melaka akan hidup lebih selesa"

COMING SOON...
bg_grey.jpg (631 bytes)Gerak Khas The Movie (soundtrack)
bg_grey.jpg (631 bytes)Layar Lara (soundtrack)
bg_grey.jpg (631 bytes)Sutera Putih (soundtrack)


Any contributions ?
E-mail to dialog@filemelayu.cjb.net

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net © khys 1999-2001