MODUL 1 (Sambungan)

1.3    Sistem Akhlak Dalam Islam


1.0     Pengertian Akhlak Menurut Islam

2.0     Teras-teras Akhlak Islam

  1. Ikhlas

  2. Benar (al-Sidq)

  3. Sabar (al-Sabr)

3.0     Natijah-natijah Teras Akhlak Terhadap Kerohanian Mu'min

1. Benar

  1. Benar dalam Ikhlas kepada Allah

  2. Benar dalam Cinta Kepada Allah

  3. Benar dalam Takut dan Taqwa kepada Allah

  4. Benar dalam Wara' kepada Allah

  5. Benar dalam Tawakkal kepada Allah

  6. Benar dalam Haya' kepada Allah

  7. Benar dalam Mensyukuri Ni'mat Allah

  8. Benar dalam Zuhud kepada Allah

  9. Benar dalam Reda Terhadap Allah

  10. Benar dalam Bertaubat kepada Allah

2. Sabar

  1. Sabar dalam Melaksanaan Kewajipan

  2. Sabar Terhadap Semua Larangan Allah

  3. Sabar dalam Mengerjakan 'Amal-'amal Sunat

  4. Sabar dalam Menerima Kebenaran

  5. Sabar dalam Menghadapi Ujian dan Kesulitan

 

4.0     Faktor-Faktor yang Merosakkan Akhlak

1.     Unsur-unsur Dalaman Insan

  1. Al-Ajzu atau Lemah Jiwa

  2. Al-Huzn atau Dukacita

  3. Al-Khauf atau Takut dan Cemas

2.     Pengaruh Sahabat dan Masyarakat

3.     Kesan-kesan Pendidikan dan Pendedahan

 

5.0     Cara-cara Memperbaiki dan Meningkatkan Akhlak

  1. Meningkatkan 'Ilmu untuk Mengenal Jenis jenis Akhlak

  2. Keazaman yang Tinggi

  3. Membiasakan Diri dengan Kebaikan

  4. Bergaul dengan Ahli 'Ibadah dan Menjauhkan Diri daripada Ahli Maksiat

  5. Sentiasa Berlapang Dada untuk Menerima Nasihat


1.0    Pengertian Akhlak Menurut Islam

Al-Khulq di segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk.

Istilah akhlak adalah adalah satu istilah yang bersifat rabbani kerana ia bersumber daripada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agong." (Al-Qalam: 4)

 Istilah dan pengertian akhlak dalam sistem Islam berbeza dan tidak boleh disamakan dengan sistem-sistem yang lain.

2.0    Teras-teras Akhlak Islam

Akhlak Islam terdiri dari tiga teras utama iaitu:

 1. Ikhlas

 Firman Allah yang mafhumnya:

"Maka sembahlah Allah dalarn keadaan ikhlas kepada-Nya. Ketahui­lah bahawa al-Din yang bersih itu kepunyaan Allah." (Al-Zumar: 2-3)

"Serulah Allah dengan tulus ikhlas kepada-Nya." (Al-Mu'min: 14)

"Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan menyembah Allah dengan tulus ikhlas kepada-Nya. "(Al-Zumar: 14)

2.    Benar al-Sidq

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang benar." (At-Taubah: 119)

"Sekiranya mereka berlaku benar terhadap Allah adalah itu lebih baik bagi mereka." (Muhammad: 21)

"Kerana Allah akan menanyakan orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka. " (Al-Ahzab: 8)

Firman Allah yang mafhumnya

"Hai orang-orang yang beriman. Sabarlah dan cukuplah dengan kesabaran." (Ali-'Imran: 200)

"Dan sekiranya kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang paling baik bagi orang-orang yang bersabar."(An-Nahl: 126)

"Dan bersabarlah terhadap perintah Allah, kerana sesungguhnya kamu dalarn pemerhatian Kami. " (At-Tur: 48)

"Bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar. " (Al-Anfal: 46)

Ketiga-tiga teras akhlak ini juga menjadi teras kepada 'amal para mu'min. Setiap satunya memberi pengertian yang berlainan tetapi ketiga-tiganya bersatu di dalam semua akhlak dan 'amal para mu'min. Sedangkan 'amalan dan akhlak tidak akan sempurna melainkan dengan ketiga-tiganya sekali gus. Sekiranya ketiga-tiga teras tadi tidak ada dalam mana-mana akhlak dan 'amal, maka akan rosaklah akhlak dan 'amal itu dan tidak sempurnalah jadinya. 

Selain daripada itu pula, ketiga-tiga teras tadi tidak akan sempurna melainkan dengan yang satu menguatkan yang lain. Apabila salah satu di antara teras-teras tadi lemah, maka akan lemah jugalah yang lainnya. 

3.0    Natijah-natijah Teras Akh1ak Terhadap Kerohanian Mu'min 

1.    Benar

Sikap berlaku benar yang dilahirkan oleh akhlak yang mulia merangkumi kebenaran seseorang mu'min dalam cita-citanya, dalam percakapan dan perbuatannya. Kesan-kesan akhlak al-sidq ini menguasai dan memimpin akhlak-akhlak mulia yang lain, malah menempatkan kesemuanya di satu peringkat kemuliaan yang tinggi.

Di antara kesan al-sidq ialah:

i.    Benar dalam Ikhlas kepada Allah

Firman Allah yang mafhumnya:

"Barangsiapa yang mengharapkan untuk menemui Tuhannya, maka hendaklah ber'amat dengan 'amalan yang soleh dan janganlah is mempersekutukan sesiapa dalam menyembah Tuhannya. "(Al-Kahf: 110)

Benar dalam ikhlas bererti seseorang mu'min itu menunjukkan segala perhatiannya kepada Allah semata-mata dalam segala 'amalan. perbuatan, gerak-gerinya, sama ada yang zahir mahupun yang batin. Dia tidak mengharapkan sesuatu terhadap apa yang dilakukannya melainkan kepada dan kerana Allah. Dia mengendali dan mengurus diri dan hatinya dengan pemikiran dan 'ilmunya, memeliharanya dengan baik dan tidak menginginkan pujian atau penghargaan orang lain dan tidak merasa bangga dengan amalannya apabila diketahui oleh orang lain. Jika sebarang perasaan riya' terlintas dalam hatinya segera dia membentenginya dengan penuh perasaan kesal

Dia tidak pernah merasa tenang dan gembira apabila mendapat pujian orang. Akan tetapi jika dipuji orang, dia segera memuji Allah yang telah menutup kejahatannya kepada orang itu, kerana Allah memberinya taufiq dengan menunjukkan kepadanya kebaikan sehingga terlihat oleh orang ramai. Dalam masa yang sama dia semestinya pula merasa bimbang terhadap perbuatannya yang salah yang ditutup oleh Allah daripada pandangan orang ramai, sedangkan kesemua kesalahannnya tidak pula tersembunyi daripada pengetahuan Allah. Oleh itu, benar dalam ikhlas bererti dia hendaklah secara bertenzsan meneliti baik-baik dirinya kerana kalau-kalau batinnya akan menjadi lebih buruk daripada zahirnya. 

Mu'min yang benar dalam ikhlas kepada Allah sentiasa menyedari hakikat bahawa kezaliman daripada sudut akhlak ialah apabila batin seseorang itu lebih buruk daripada zahirnya, sedangkan keadilan pula ialah apabila batin seseorang itu sepadan dengan zahirnya. Adapun batin yang lebih balk daripada zahir, maka itu adalah seutama-utama kedudukan yang mesti dicapai oleh seseorang mu'min.

ii.    Benar dalam Cinta Kepada Allah

Firman Allah yang mafhumnya: 

"Dan orang-orang yang beriman sangat kuat cintanya terhadap Allah" (Al-Baqarah: 165)

Allah berfirman menyatakan bahawa salah satu syarat cinta kepada Allah ialah dengan menurut perintah Rasul-Nya. Firman Allah yang mafhumnya: 

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosa kamu." (Ali-'Imran: 31) 

Mu'min yang benar dalam cintanya kepada Allah ialah mu'min yang melebihkan cinta terhadap Allah dalam segala urusan atas dirinya dan atas kehendak hawa nafsunya. Dia sentiasa men­dahulukan perintah Allah dalam segala urusan daripada perintah dirinya sendiri.

Mu'min yang benar dalam cintanya kepada Allah akan menjadikan zikrullah di dalam hati dan dengan lisan sebagai suatu kefarduan ke atas dirinya. Dia akan menjauhkan diri daripada alpa dan lalai serta beristighfar banyak-banyak daripadanya. Demikian pula dengan anggota-anggota badannya, semuanya itu ditugaskan untuk berkhidmat kepada Allah semata­mata.

Mu'min yang benar dalam cintanya kepada Allah ialah mu'min yang mencintai Allah ketika menerima ni'mat-ni'mat daripada­Nya dan ketika terhalang dari ni'mat-ni'mat-Nya. Sedang cintanya pula adalah cinta yang sungguh mengesan hati, sama ada Allah mengurniakan ni'mat atau Allah menahan ni'mat tersebut, sama ada Allah mengujinya dengan berbagai-bagai bencana ataupun Allah memeliharanya dalam keadaan sihat dan selamat. Dalam apa keadaan sekalipun cintanya terhadap Allah sentiasa menetapi hatinya dan terus berkembang, semakin hari semakin bertambah.

iii.    Benar dalam Takut dan Taqwa kepada Allah 

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan kepada Aku hendaknya kamu takut" (Al-Baqarah: 40)

"Jangan kamu takut kepada manusia, tetapi takutilah Aku." (Al-Ma'idah: 44) 

"Dan kepada Aku hendaknya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 41)

Mu'min yang benar dalam cintanya kepada Allah takut jika Allah tidak mencintainya lantaran kerana banyak-nya dosa-dosa dan kesalahannya. Demikian juga mu'min yang benar dalam takut kepada Allah ialah seorang mu'min yang tenang hatinya kerana takut kepada Allah. Ketenangan ini adalah kerana keyakinannya bahawa Allah sentiasa melihat gerak gerinya sama ada yang zahir mahupun yang batin. Dengan yang demikian perasaan bimbang terhadap balasan Allah akan melebihi perasaan takut terhadap celaan manusia. Dia akan merasa kecil halangan-halangan manusia dalam melaksanakan perintah Allah. Sebaliknya alam pandangannya tiada sesuatupun yang lebih penting selain Allah.

iv.    Benar dalam Wara' kepada Allah

Mu'min yang benar dalam wara' kepada Allah ialah mu'min yang mengeluarkan dirinya daripada segala rupa syubhat serta meninggalkan segala yang mengelirukan kepada sesuatu yang jelas dalam semua perkara. 

Sabda RasuluLlah s. a.w 

"Seseorang hamba itu belum boleh dikira bertaqwa sehingga is bersedia meninggalkan perkara-perkara yang diharuskan kerana takut-takut ia tidak diharuskan." (Ibn Majah, Tarmidhi)

Mu'min yang benar dalain wara'nya kepada Allah ialah seorang mu'min yang meninggalkan apa yang meragukan kepada yang tiada meragukan, memilih yang halal dan baik daripada barang­barang yang ditemuinya serta melipat-gandakan usahanya dalam mencari sesuatu yang bersih dan halal.

v.    Benar dalam Tawakkal kepada Allah 

Firman Allah yang mafhumnya: 

Hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah kiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."  (Al-Ma' idah: 23)

Benar dalam tawakkal bererti mempercayakan diri sepenuhnya kepada Allah, bergantung dan berlapang dada kepada-Nya serta merasa aman terhadap segala yang telah dijamin oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Benar dalam tawakkal juga bererti membebaskan hati daripada sebarang kerunsingan yang berkaitan dengan urusan dunia kerana tugas manusia hanyalah berusaha bersungguh-sungguh tetapi hasilnya adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah. Ini bererti seseorang mu'min yang benar dalam bertawakkal mesti benar-benar meyakini bahawa segala urusan dunia dan akhirat adalah milik Allah. Allah sahaja yang menguruskan segala-galanya, tiada yang lain daripada Allah yang menyampaikan sesuatu dan tiada pula seorang pun yang dapat menahannya. Mu'min yang benar dalam tawakkalnya kepada Allah akan sentiasa membebaskan hatinya daripada perasaan takut, bimbang dan cemas kepada sesuatu selain Allah. Sebaliknya hanya kepada Allah sahajalah ditunjukkan kepercayaannya, keyakinannya dan harapannya. Tersemat teguh di dalam hatinya bahawa pertolongan Allah itu sangat luas dan pasti sampai kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang bertawakkal." (AIi-'Imran: 159)

vi.    Benar dalam Haya' kepada Allah

Sabda RasuluLlah s.a.w yang mafhumnya:

"Bersifat haya'lah kepada Allah dengan sebenar benar haya'. Siapa yang bersifat haya' kepada Allah dengan sebenar benar haya', maka hendaklah is memelihara fikiran dan hawa nafsunya, memelihara perut dan makanannya. Hendaklah is sentiasa ingatkan kubur dan hancur luluh di dalam kubur. Dan siapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia tinggalkan segala perhiasanperhiasan hidup di dunia (yang melalaikan)." (Tarmidhi)

Benar dalam haya' bererti menjaga diri daripada semua larangan Allah kerana meyakini bahawa pandangan Allah sentiasa tertuju kepada kita. Seorang mu'min yang benar dalam haya' kepada Allah ialah mu'min yang menyedari hakikat bahawa terlalu banyak kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah kepadanya sedangkan dia terlalu kerap lalai dan cuai untuk mensyukuri ni'mat Allah.

vii.    Benar dalam Mensyukuri Ni'mat Allah

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sekiranya kamu mahu mengira ni'mat ni'mat Allah tentu karnu tidak sanggup mengiranya. " (Ibrahim: 34)

Mu'min yang benar dalam mensyukuri ni'mat Allah ialah seorang mu'min yang benar benar sedar daripada kecuaiannya terhadap perintah perintah Allah serta menyedari bahawa terlalu banyak ni'mat ni'mat Allah yang telah dikurniakan kepadanya. Lantaran itu, dia akan sentiasa mensyukuri ni'mat ni'mat Allah dengan hatinya, lisannya dan anggotanya.

Bersyukur dengan hati ialah meyakini bahawa semua ni'mat itu datangnya daripada Allah dan tidak daripada selain Nya. Bersyukur dengan lisan ialah mengucapkan pujian dan menyebut nyebut kebaikan Allah. Adapun bersyukur dengan anggota ialah tidak menggunakan satu pun daripada anggota-anggota badan untuk melakukan maksiat, tetapi sebaliknya sentiasa menggunakan seluruh anggota badan untuk melakukan 'ibadah dan kebaikan.

Mu'min yang benar dalam bersyukur kepada Allah ialah mu'min yang melalukan 'amal bukan untuk tujuan utamanya menjauhi 'azab Allah ataupun untuk memasuki syurganya, tetapi dia ber'amal kerana menunjukkan kesyukurannya semata mata kepada Allah. Malah mu'min tersebut merasakan bahawa bersyukur di atas ni'mat ni'mat Allah adalah sebagai suatu ni'mat daripada ni'mat-ni'mat Allah. Perbuatan tersebut dirasakan olehnya sebagai syukur di atas syukur.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Bersyukurlah wahai keluarga Daud sebagai tanda kesyukuran."  (Saba': 13)

viii.    Benar dalam Zuhud kepada Allah

Firman Allah yang mafhumnya:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang iuput daripada kamu dan supaya kamu jangan tertalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepadamu.. " (Al Hadid: 23)

Seorang mu'min yang benar dalam berzuhud kepada Allah ialah orang yang tidak pernah mencela kemewahan dunia dan tidak pula memujinya. Bila kemewahan dunia datang tidaklah dia terlalu bergembira, dan apabila kemewahan dunia meninggalkannya tidaklah pula dia berdukacita.

ix.    Benar dalam Reda Terhadap Allah

Jika sempurna pada diri seorang mu'min sifat sifat zuhud, tawakkal, cinta kepada Allah, yakin dan haya', maka ketika itu telah benarlah dia dalam reda kepada Allah.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Allah telah reda kepada mereka, dan mereka juga reda kepada Nya, dan Allah telah menyediakan bagi mereka syurga syurga yang mengaiir di dalamnya sungaisungai, mereka kekal di dalamnya buat selama lamanya. Itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah: 100)

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai. Masuklah dalam golongan hambahamba Ku, dan masuklah ke dalam syurga Ku" (Al-Fajr: 27-30)

x.    Benar dalam Bertaubat kepada Allah

Sifat benar yang merangkumi segala sifat sifat kebenaran ialah benar dalam bertaubat kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman. Bertaubatlah kamu ke pada Allah dengan taubat sebenar benar taubat. " (At Tahrim: 8)

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orangorang yang beriman agar kamu beroleh kemenangan." (At Taubah: 117)

Mu'min yang benar di dalam taubatnya ialah seorang mu'min yang menyesali kelalaiannya dan kemudian ber'azam untuk tidak mengulangi kesalahannya serta memohon keampunan daripada Allah. Mu'min yang benar dalam taubatnya juga ialah seorang mu'min yang sentiasa merasa takut dan bimbang jika taubatnya tidak dilakukan dengan benar benar ikhlas dan penuh keinsafan, lantaran itu dia sentiasa bertaubat di atas taubat yang dilakukannya kerana takut taubat yang mula mula itu tidak dilakukan secara benar benar ikhlas.

2.    Sabar

Sabar menurut bahasa ialah menahan dan mencegah. Sementara menurut istilah syara' ialah terdiri daripada tiga perkara, iaitu sabar dalam keta'atan, sabar daripada maksiat dan sabar dalam menghadapi kesukaran. Sabar dalam pengertian ini jika dilaksanakan dapat memimpin seseorang mu'min dalam perkara perkara berikut:

i.    Sabar dalam Melaksanaan Kewajipan

Mu'min yang sabar pada dasarnya adalah seorang mu'min yang sentiasa bersabar dalam menunaikan perintah perintah yang telah difardukan Allah ke atasnya. Dalam apa apa keadaan sekalipun dia tetap menunaikan segala perkara yang diwajibkan ke atasnya. Sifat sabarnya dalam memikul kewajipan kewajipan alDin menjadikan dia seorang yang berterusan menunaikan perkaraperkara fardu ini sama ada dalam keadaan senang atau susah, kaya atau miskin, sihat atau sakit dan dalam keadaan aman atau sengketa.

ii.    Sabar Terhadap Semua Larangan Allah

Sabar terhadap semua larangan Allah pula bererti menahan hawa nafsu daripada segala perbuatan yang diingini oleh hawa nafsu tersebut dan segala perkara yang tidak diredai oleh Allah. Bersabar terhadap larangan larangan Allah juga bererti bersungguh sungguh melawan pujukan pujukan syaitan yang sentiasa menggoda agar melakukan maksiat.

iii.    Sabar dalam Mengerjakan 'Amal 'amal Sunat

Sabar dalam mengerjakan 'amalan 'amalan sunat bererti seseorang mu'min itu bersabar dalam melakukan 'amalan 'amalan yang boleh membawanya bertaqarrub kepada Allah. la tetap mengerjakan segala 'amalan 'amalan sunat seperti qiyamullail, puasa sunat, tilawah al gur'an, zikrullah dan seumpamanya tanpa jemu jemu. Bersabar dalam sudut ini juga bererti dia sentiasa menambahkan 'amalan 'amalan sunatnya agar dia semakin dekat kepada Allah.

iv.    Sabar dalam Menerima Kebenaran

Sabar menerima kebenaran bererti sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dengan cara mempelajarinya daripada orangorang yang ber'ilmu ataupun kitab kitab yang mereka tulis. Sabar dalam menerima kebenaran juga bermakna seseorang mu'min itu sentiasa bersikap berlapang dada untuk menerima teguran dan nasihat terhadap dirinya, tidak merasa pahit terhadap kebenaran walaupun dia menyentuh persoalan peribadi diri.

v.     Sabar dalam Menphadai Ujian dan Kesulitan

Mu'min yang benar dengan pegangannya terhadap Islam wajib bersabar menghadapi apa sahaja bentuk ujian dan kesulitan di jalan Allah. Dia mesti meninggalkan rasa keluh kesah di dalam hatinya. Tetapi sebaliknya hendaklah dia hanya mengadu kepada Allah di dalam segala urusannya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hanya aku mengadukan urusan dan dukacitaku ini kepada Allah" (Yusuf 86)

4.0    Faktor Faktor yang Merosakkan Akhlak

1.    Unsur unsur Dalaman Insan

Faktor utama yang merosakkan akhlak berpusat di dalam jiwa manusia sendiri. Dia berkait rapat dengan kerohaniannya. Di antara unsur unsur dalaman yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak para mu'min ialah:

i.    Al Ajzu atau Lemah Jiwa

Orang yang berjiwa lemah tidak mempunyai cita cita yang luhur serta tidak mempunyai ketahanan dan semangat perjuangan yang tinggi. Orang yang lemah jiwa mudah mengikut telunjuk orang ramai tanpa menilai atas dasar apa ikutan itu dilakukan.

RasuluLlah s.a.w mengajar umatnya agar berlindung dengan Allah daripada sifat lemah jiwa:

"Mintalah pertolongan Allah dan janganlah kamu merasa lemah." (Muslim)

ii.     Al Huzn atau Dukacita

Al Huzn ialah perasaan dukacita dan keresahan yang berlarutan di dalam jiwa manusia akibat mengenangkan kerugian, penderitaan atau pengalaman pengalaman pahit yang di'alami pada masa yang lampau. Setiap orang akan merasa dukacita terhadap musibah yang menimpanya. Tetapi menjadikan jiwa terbawa bawa dengan kesedihan dan dukacita yang amat sangat sehingga melemahkan semangat adalah suatu sifat yang buruk. Sifat ini bertentangan dengan sifat mu'min sejati sebagaimana yang dijelaskan Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Janganlah merasa rendah dan janganlah pula merasa dukacita. Kerana kamulah umat yang tinggi jika kamu benar benar beriman." (AIi-'Imran: 139)

iii.    Al Khauf atau Takut dan Cemas

Al Khauf yang dituntut adalah khauf terhadap Allah sahaja. Firman Allah yang mafhumnya:

".. dan janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut kepada Ku." (Al-Baqarah: 150)

Adapun perasaan cemas dan takut selain kepada Allah adalah salah satu faktor dalaman manusia yang boleh meruntuhkan akhlaknya. Jika al huzn adalah perasaan duka cita terhadap perkara perkara yang telah lampau, maka al khauf adalah perasaan cemas terhadap perkara perkara yang akan datang. Perasaan cemas begini bertentangan dengan tuntutan tawakkal yang diperintahkan oleh Allah.

2.    Pengaruh Sahabat dan Masyarakat

Sahabat dan masyarakat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap akhlak manusia. Persahabatan dengan ahli ahli 'ibadat akan menjadikan jiwa manusia cenderung kepada kebaikan yang menghasilkan akhlak yang mulia. Demikian juga sebaliknya, persahabatan dengan ahli ahli maksiat menjadikan jiwa cenderung kepada keburukan yang akhirnya melahirkan akhlak yang keji. Al Qur'an menekankan para mu'min untuk tetap dalam persahabatan dengan orang orang yang bertaqwa dan mengingkari persahabatan dengan ahli ahli maksiat. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan bersabarlah kamu bersama sama dengan orang orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan Nya; dan janganlah kedua matarnu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang liatinya telah Karni lalaikan dari mengingati Karni, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati Batas." (Al-Kahfi: 28)

Kesan pengaruh masyarakat adalah sama dengan pengaruh persahabatan hanya is berlaku dalam bentuk yang lebih luas. Masyarakat yang ta'at kepada hukum hukum Allah akan mewujudkan satu suasana keta'atan yang secucuk dengan jiwa manusia. Sebaliknya masyarakat yang tidak menegakkan hukum hukum Allah akan mewujudkan satu suasana yang memudahkan maksiat terhadap Allah. Kesan daripada suasana yang buruk ini membawa keruntuhan kepada umat manusia pula.

3.     Kesan kesan Pendidikan dan Pendedahan

Pendidikan dan pendedahan membawa kesan yang menda lam terhadap manusia. Pendidikan adalah satu proses yang membiasakan sesuatu jiwa dengan apa yang hendak dicapai oleh matlamat dan cita cita pendidikan tersebut. Pendedahan pula merupakan ransangan yang membantu serta mempercepatkan proses pembiasaan dan kesesuaian jiwa terhadap apa yang ingin dicapai. Oleh itu sekiranya dasar kepada sesuatu proses pendidikan itu adalah Islam, maka dia akan melahirkan kesan kesan Islam kepada orang orang yang dididik. Sebaliknya sekiranya dasar kepada proses pendidikan itu bukan Islam, maka dia akan melahirkan manusia manusia yang tidak mempunyai akhlak akhlak Islam yang mulia.

Pendidikan dan pendedahan yang tidak berteraskan kepada Islam merupakan faktor faktor yang membawa kepada kerosakan terhadap pembinaan dan perkembangan akhlak manusia.

5.0    Cara cara Memperbaiki dan Meningkatkan Akhlak

Akhlak pada umumnya dapat diperbaiki berdasarkan firman Allah yang mafhumnya:

"dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang orang yang mengotorinya." (As-Syams: 7-10)

Cara cara memperbaiki akhlak adalah seperti berikut:

1.     Meningkatkan 'Ilmu untuk Mengenal Jenis jenis Akhlak

Seseorang mu'min wajib mempelajari apakah akhlak akhlak yang dituntut oleh syari'at Islam dan apakah akhlak akhlak yang dikejinya. 'Ilmu yang membantu mengenali yang manakah akhlak mahmudah dan yang manakah akhlak mazmumah adalah di antara alat yang yang terpenting bagi setiap mu'min. Al Qur'an telah menggariskan akhlak akhlak utama yang mesti dihayati oleh setiap mu'min dan sunnah RasuluLlah s.a.w pula telah memperincikan setiap satunya dan telah menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan yang sebenar. Tanpa 'ilmu tidak mungkin seseorang itu mengetahui akhlak yang bagaimanakah yang dipuji dan akhlak yang bagaimanakah pula yang dikeji oleh Islam.

2.     Keazaman yang Tinggi

Menanamkan 'ilmu berkenaan akhlak akhlak mahmudah ke dalam 'amalan hidup memerlukan ke'azaman yang tinggi. Melalui ke'azaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benarbenar menghayati sifat sifat yang mulia. Perkara ini berdasarkan kepada hakikat bahawa akhlak mahmudah dan iman yang teguh adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Iman yang teguh memerlukan penjagaan yang rapi dan pembajaan yang balk. Oleh itu tugas pembinaan iman dan tugas pembentukan akhlak yang mulia adalah dua tugas yang sentiasa bergerak seiring jalan.

3.     Membiasakan Diri dengn Kebaikan

Akhlak akhlak mazmumah dapat dihapuskan dengan menggantikannya dengan akhlak akhlak mahmudah yang bertentangan dengannya. Akhlak akhlak mahmudah ini pula hendaklah dibiasakan agar dia dapat kekal dan bersemadi di dalam jiwa. Bagi seorang mu'min yang berusaha mem perbaiki dirinya dengan akhlak akhlak mahmudah maka hendaklah dia meneliti langkah langkah berikut:

  1. Memeriksa diri dan mengenalpasti apakah akhlak akhlak mazmumah yang terdapat di dalam dirinya.

  2. Setelah mengenal pasti akhlak akhlak mazmumah pada dirinya maka hendaklah dipastikan pula mana di antaranya yang paling terkeji menurut keterangan keterangan daripada syara'.

  3. Setelah mengenal akhlak yang paling terkeji maka hendaklah dia mememastikan apakah akhlak yang paling berkesan dijadikan sebagai ganti akhlak terkeji tersebut menurut keteranganketerangan syara' juga.

  4. Selepas itu hendaklah dia memperbaiki dirinya menurut urutan keutamaan akhlak yang telah dikenalpasti olehnya.

  5. Memperbanyakkan amalan sunat bagi melunakkan jiwanya bagi bertaqarrub kepada Allah.

Dengan cara ini dia dapat melaksanakan proses pembaikian akhlak menurut keutamaan yang paling baik.

4.    Bergaul dengan Ahli 'Ibadah dan Menjauhkan Diri dari pada Ahli Maksiat

Bergaul dengan orang orang yang berakhlak baik dan ahli ahli 'ibadah merupakan di antara cara yang berkesan untuk memperbaiki akhlak seseorang. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang yang digaulinya. Oleh itu RasuluLlah s.a.w menekankan bahawa orang orang yang beriman mesti hanya bergaul dengan orang orang yang saleh. Sabdanya yang mafhumnya:

"Janganlah kamu berteman melainkan dengan orang orang yang beriman dan janganlah memakan makananmu melainkan orang yang bertaqwa." (Abu Dawud, Tarmidzi)

Bergaul dengan orang orang yang salih sekali gus bererti menjauhkan diri daripada ahli ahli maksiat, ahli ahli bid'ah dan orang orang yang berakhlak buruk.

5.     Sentiasa Berlapan Dada untuk Menerima Nasihat

Mu'min yang berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan akhlaknya hendaklah sentiasa berlapang dada untuk mendengar nasihat. Ada masanya seseorang itu tidak me nyedari kekurangankekurangan dan kelemahan kelemahan dirinya. Oleh itu kadangkala dia tidak percaya bahawa kekurangan dan kelemahan itu terdapat pada darinya apabila dia ditegur oleh orang lain. Namun demikian apabila orang orang salih menegur dan menasihatinya, hendaklah dia yakin bahawa dada satu perkara pun yang diingini oleh orang orang salih kecuali kebaikan. Oleh itu hendaklah dia sentiasa berlapang dada menerima nasihat dan teguran terhadap kelemahankelemahan dirinya. Hendaklah dia bersyukur terhadap nasihatnasihat yang bertujuan untuk memperbaiki dirinya dan memperelokkan akhlaknya.

'Umar ibn al Khattab sentiasa berkata:

"Mudah mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang orang yang menunjukkan kekurangan kekuranganku."


Back | Home | Next