MODUL 1 (Sambungan)

1.4    Islam Satu Cara Hidup


1.0     Muqaddimah

2.0     Pengertian Islam

3.0     Dasar-Dasar Asasi dalam Cara Hidup Islam

4.0     Tujuan Hidup Dalam Islam

  1. Menjadi Seorang Muslim yang Saleh

  2. Menjadi ahli Keluarga Muslim yang Sempurna

  3. Menjadi Anggota Masyarakat yang Bertanggungjawab

5.0     Kesepaduan adalah Ciri Utama Cara Hidup Islam


1.0     Muqaddimah

Adapun berbagai bagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing masing adakalanya dari nama orang yang mengasaskannya, atau kepada umat tertentu yang menumbuhkan dan mengembangkan agama tersebut. Agama Nasrani atau Masehi mithalnya mengambil namanya dari al Masih. Agama Buddha diambil daripada nama pembawanya, Gautama Buddha. Agama Zarathustra pula berasal dari nama pembawa panji panjinya yang bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi yang terbit dari kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamakan Yahudi.

Berlainan dengan Islam, ia tidak disandarkan kepada nama seseorang tertentu dan tidak kepada umat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat sifat khusus yang terkandung dalam makna perkataan Islam itu sendiri. Daripada nama tersebut jelas bahawa ia tidak menunjukkan pembawa atau pengasasnya di kalangan manusia. la bukan khas bagi umat tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh bangsa. la mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi dengan sifat Islam. Siapa sahaja yang bersifat dengan sifat ini, balk manusia di zaman lampau atau manusia di masa ini, ia adalah Muslim. Demikian juga orang yang berpegang dengannya di masa yang akan datang adalah seorang Muslim.

2.0     Pengertian Islam

Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firman Nya yang mafhumnya:

"Dan siapakah yang lebih baik dinnya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikuti din Ibrahim dengan hanya cenderung kepada Allah."  (Al Nisa': 125)

Berpandukan kepada ayat ini maka Islam dapat diberikan pengertian sebagai: " Penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati".

Bahkan inilah intipati dari keseluruhan makna Islam.

Islam dengan pengertian induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi juga merangkum segala kejadian di 'alam semesta seperti yang dijelaskan oleh Al Qur'an yang mafhumnya:

"Apakah selain dari din Allah yang mereka masih mencari cari sedangkan segala yang di langit dan di bumi telah Islam (menyerah diri) kepada Nya dengan kerelaan hati dan terpaksa. Dan kepadaNya mereka akan dikembalikan." (Ali 'Imran: 52)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan kepada Allah sujud segala yang di langit dan di bumi dengan kerelaan hati dan terpaksa, dan juga bayang bayang mereka pada setiap pagi dan petang." (Ar Ra'd: 15)

Dari kedua dua ayat di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa pengertian Islam itu tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat tepatnya dalam hubungan manusia dengan Penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan dan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga tiganya; al Din, Islam dan sujud mempunyai kaitan dan jalinan makna yang erat dan tabi'i.

Penyerahan diri ini tidak hanya terbatas kepada gerak laku anggota zahir sahaja tetapi juga merangkumi 'amalan batin. Ini bererti penyerahan ini merangkumi jasmani dan ruhani, 'aqal dan perasaan atau jiwa dan hati kepada Allah. Penyerahan ini tidak terbatas kepada sudut sudut tertentu sahaja tetapi merangkumi segala ruang liput kehidupan manusia.

Islam dalam erti penyerahan diri kepada Allah merangkumi empat bidang yang pokok dan asasi di dalam kehidupan manusia:

  1. Penyerahan diri kepada Allah dalam bidang 'aqidah

  2. Penyerahan diri kepada Allah dalam bidang 'ibadah

  3. Penyerahan diri kepada Allah dalam bidang akhlaq

  4. Penyerahan diri kepada Allah dalam bidang perundangan atau syari'at

3.0    Dasar Dasar Utama dalam Cara Hidup Islam

Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang khusus dimana ia meletakkan tempat yang istimewa terhadap kedudukan manusia di dalam 'alam semesta yang dijadikan oleh Allah.

Bagi menjelaskan kedudukan, peranan dan tujuan hidup manusia di dunia ini, Islam telah menggariskan beberapa dasar yang dapat difahami seperti berikut

  1. Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik 'alam semesta. Allah telah mencipta manusia dan menyediakannya tempat tinggal sementara di muka bumi. Allah telah mengurniakan manusia 'aqal untuk berfikir serta telah memberi kepadanya kemampuan untuk membezakan di antara yang haq dengan yang batil. Manusia juga telah diberikan kebebasan dengan daya ikhtiyar dan hak memilih malah ia juga diberikan kuasa untuk menggunakan sumber sumber 'alam mengikut cara yang disukainya.

  2. Manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu ia dituntut untuk beriman dan patuh kepada segala perintah dan peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Nya. Dengan 'aqal, daya ikhtiyar dan kemampuan memilih manusia bebas sama ada untuk beriman atau kufur kepada Allah. Tetapi manusia diingatkan bahawa tempat mereka di bumi tidak kekal. Manusia ditetapkan untuk tinggal di atas muka bumi hanya sebagai satu tempat persediaan.

  3. Untuk membolehkan manusia melaksanakan tugasnya maka Allah mengutuskan kepada manusia para rasul dan nabi nabi beserta syari'at dan kitab kitab sebagai panduan dan bimbingan hidup mereka. Rasulullah s.a.w adalah rasul yang terakhir membawa syari'at dan kitab terakhir bagi panduan seluruh manusia hingga ke akhir zaman.

  4. Manusia diperintahkan beriman kepada Rasulullah s.a.w. Dia dituntut untuk menyebarkan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Manusia yang beriman ditugaskan untuk menyeru manusia manusia yang telah terseleweng untuk kembali kepada jalan yang benar. Manusia juga dituntut agar membina diri dan membangunkan seluruh masyarakatnya menurut ajaran yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

  5. Apabila tiba masanya setiap manusia akan mati. Selepas itu apabila telah tiba masanya seluruh 'alam ini pula dibinasakan oleh Allah. Sebaik sahaja manusia dibangkitkan semula, semua manusia akan dikumpulkan untuk dihisab. Pada Hari itu tahulah manusia tempat kediaman mereka yang sebenar di Akhirat.

Kerelaan sepenuh hati seseorang muslim untuk mengikuti dasar dasar asasi cara hidup yang ditetapkan oleh Islam ini dirumuskan oleh al Qur'an. Firman Allah yang mafhumnya

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri orang orang mu'min, jiwa-jiwa dan harta benda mereka dengan menyediakan bagi mereka jannah. Mereka berperang di jalan Allah, mereka rnembunuh (musuh musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh musuh Allah). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al gur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya (selain) daripada Allah?. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At Taubah: 111)

Dari sini jelas bahawa Islam memulakan dasar dasar cara hidupnya dengan meletakkan garia garia panduan yang tersusun rapi dan menetapkan hubungan yang jelas di antara manusia dan Penciptanya. Dari dasar ini seluruh kehidupan peribadi dan bermasyarakat merupakan pelaksana dalam membina dan memperkukuhkan hubungan di antara manusia dan Allah.

Teras kepada hubungan ini adalah iman yang merupakan titik tolak kepada al Din Islam itu sendiri.

4.0     Tujuan Hidup Dalam Islam

Tujuan hidup ini telah digariskan oleh Allah di dalam al Qur'an. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk ber'ibadah kepada Ku. " (Adz Dzariyat: 56)

Dari ayat ini ditegaskan bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Beribadah kepada Allah bererti memusatkan penyembahan kepada Allah semata mata. Ini bererti seluruh aspek kehidupan di dunia ini, lahir dan batin, jasmani dan ruhani, baik dalam kehidupan individu ataupun dalam kehidupan bermasyarakat hendaklah diatur menurut peraturan dan undang undang yang ditetapkan Allah.

Dalam ertikata lain setiap bidang kehidupan seorang hamba Allah itu, baik berupa 'ibadah terhadap Allah atau yang berupa mu'amalah sesama manusia, semuanya itu mestilah dilakukan dalam rangka, untuk meng'abdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Segala tindakan yang dilakukan di dunia ini adalah dengan niat untuk mencari keredaan Allah semata mata.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Kerana hendak mencari keredaan Tuhannya Yang Maha tinggi; dan Tuhannya yang reda kepadanya. " (Al Lail: 20-21)

Peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Allah ini bertujuan untuk membangunkan satu kehidupan yang berdasarkan kepada ma'ruf dan bersih dari kemungkaran. Ini bermakna susunan hidup Islam akan dipenuhi dengan kebajikan, bertepatan dengan fitrah manusia dan diredai oleh Allah dan bersih dari segala ma'siyat yang dikutuk oleh watak manusia.

Pada dasarnya peraturan peraturan ini menganjurkan supaya ma'ruf dapat berkembang sementara kemungkaran mesti ditekan dan dihalang dari mempengaruhi individu dan masyarakat. .

Seseorang muslim yang berpegang teguh kepada tujuan hidup Islam akan membentuk kehidupannya menurut tuntutan tuntutan berikut:

1.     Menjadi Seorang Muslim yang Saleh

Dia akan membentuk hidupnya di atas landasan 'aqidah yang sahih. Sentiasa menjaga kesejahteraan imannya dengan berpegang teguh. dengan segala perintah Allah serta bersungguh sungguh menjauhi larangan larangan Allah. Tidak lalai terhadap yang wajib dan tidak memandang ringan terhadap yang haram. Berterusan berusaha memperbaiki diri dari sudut irrian, 'amal, akhlaq dan 'ilmu demi untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dia sentiasa ingat kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Tiap tiap manusia terikat dengan apa yang dikedakannya." (AI Muddaththir : 38)

2.     Menjadi ahli Keluarga Muslim yany Sempurna

la juga mesti membentuk dirinya sebagai ahli keluarga menurut apa yang ditetapkan oleh Islam. Sebagai anak dia mestilah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap kedua ibu bapanya, menunaikan hak hak ahli ahli keluarga dan kaum kerabatnya yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam. Hendaklah dia sentiasa menjaga adab adab terhadap ahli ahli keluarganya.

Sekiranya telah tiba masanya untuk ia mendirikan rumah tangganya sendiri, maka mestilah dia memilih teman hidup yang baik seperti yang telah disyaratkan oleh Islam. Hendaklah dia membina rumahtangga di atas dasar Islam. Sekiranya dia seorang lelaki maka mestilah dipenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Jika dia seorang wanita maka mestilah dipenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang salihah.

Sekiranya ia telah mendapat anak maka hendaklah ia memastikan bahawa anak tersebut dibesarkan dengan pendidikan Islam yang sempurna. Pada masa ini hendaklah keduanya melaksanakan tugas sebagai ibu bapa yang penuh bertanggungjawab terhadap pembentukan iman dan akhlaq anak tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

3.     Menjadi Anggota Masyarakat an Bertangungjawab

Dia juga hendaklah menjadi seorang anggota masyarakat yang bertanggung jawab terhadap masyarakatnya. Dia memastikan bahawa masyarakatnya meng'amalkan Islam sebagai landasan kehidupan. Hendaklah dia menjadi di antara unsur yang memperkukuhkan segala bidang perlaksanaan sistem Islam samaada dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan, ketenteraan dan seterusnya di dalam masyarakatnya. Hendaklah dia sentiasa berusaha untuk menyuruh kepada kebaikan dan berusaha untuk menegah perbuatan perbuatan yang mungkar. Dengan ini dia akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dalam memastikan bahawa Islam dalam ertikata yang sepenuhnya diamalkan dalam masyarakatnya.

Sekiranya Islam pada keselurahannya tidak dijadikan sebagai landasan perjalanan masyarakat, maka hendaklah dia berusaha dengan muslim yang lain di dalam satu kumpulan untuk menegakkannya. Dia akan terus berusaha untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa menghadapi kerugian dari segi harta benda dan jiwa demi untuk melaksanakan peranannya sebagai seorang anggota masyarakat Islam yang bertanggungjawab.

5.0     Kesepaduan adalah Ciri Utama Cara Hidup Islam

Ciri utama dari Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan dan pemisahan di antara kehidupan keruhanian dan kehidupan duniawi. Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian keruhanian dan akhlaq semata mata. Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan manusia. la bukan hanya bertujuan untuk melahirkan ketertiban hidup diri perseorangan, malah ia bertujuan untuk membentuk tatacara hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola pola yang sihat dan bersih sehingga Hakimiyyah Allah dibangunkan dalam bentuk kenyataan di atas muka bumi. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi.

Oleh kerana di dalam cara hidup Islam sistem sistem politik, sosial, ekonomi, keruhanian dan akhlaq terjalin rapi dan bersepadu, saling kukuh mengukuhkan di antara satu sama lain. Sistem sistem ini tidak memisahkan satu bidang hidup dengan yang lain. Sistem sistem tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang dan amat bersesuaian dengan fitrah manusia.

Islam adalah al Din yang mencakupi seluruh bidang kehidupan. Ajaran ajaran Islam adalah dalam bentuk kesatuannya yang padu. la mesti diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah pecahkan untuk diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lainnya.

Segala cabang ajaran Islam dalam kesatuannya dapat diumpamakan sebagai tubuh manusia, di mana setiap anggota tubuh itu hanya dapat berperanan selama ia masih menjadi sebahagian dari tubuh. Tetapi jika ia sudah dipisahkan, umpama kaki yang sudah dipotong, maka tentulah ia tidak mungkin lagi berperanan sebagai kaki.

Demikian juga halnya dengan aspek-aspek tertentu dari ajaran Islam seperti aspek ekonomi atau perundangannya tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya ia tidak diasaskan kepada dasar 'aqidah Islam dan ruang lingkup tuntutan akhlaqnya.


Back | Home | Next