Logo Yosri
Bendera Malaysia
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan
Pengenalan
Buku Digital
Cerita Seram.
Daftar Negara
Alam Haiwan
Tokoh Dunia
Daftar Penyakit
Lagenda Dunia

TARAF 
BACAAN 
UMUM

Siri Ilmu.
Mengawasi Gunung berapi.

Grafgempa Seismograf

23 Zulkaedah 1424
 

Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
 
http://geocities.yahoo.com/home/
 


 
 

Mengawasi gunung berapi.

Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong
 
Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar. Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal dan secara kimia.

Teknik geofizikal

Salah satu cara dikenali sebagai teknik geofizikal. Teknik geofizikal merujuk kepada sebarang perubahan fizikal pada batu-batan di bawah tanah. Perubahan bawah tanah ini dikesan melalui pelbagai peralatan yang sensitive dan memerlukan pengukuran dan rekod yang jitu bagi membuat perbandingan tentang perubahan fizikal merentas masa. Sebahagian peralatan yang digunakan bagi menentukan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus adalah melalui peralatan seperti berikut :-
 

Grafgempa "Seismograf "

Grafgempa Seismograf
Apabila magma mengalir melalui rekahan batu, magma akan menolak batu-batan ke tepi. Ini menyebabkan gempa bumi lemah pada gunung berapi atau kawasan sekitarnya. Gegaran yang berterusan ini boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.  Gegaran ini boleh diukur dengan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai seismograf. Seismograf akan mengesan gelombang bawah tanah "seismic" yang dihasilkan oleh gempa bumi dan merekodkannya pada kertas. Seismograf berfungsi dengan pen dan pemberat yang tergantung dengan spring. Apabila bumi bergetar disebabkan pergerakan magma di bawah tanah, pen akan merekodkan gelombang tersebut yang dipanggil  "seismogram" pada drum berpusing.

Beberapa bacaan "seismogram" akan dibandingkan bagi menentukan lokasi sebenar di mana magma akan keluar. Teknik ini digunakan dengan jayanya di Hawai di mana terdapat banyak gunung berapi. Lokasi dan tempat gunung berapi meletus telah di jangkakan dengan tepatnya. Selain itu, gempa bumi yang terhasil akibat aktiviti gunung berapi boleh menentukan pusat aktiviti gunung berapi tersebut. Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan pusat aktiviti gunung berapi. Selain itu, bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.

Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.  Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai kekuatan 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.

Meter Sendeng "Tiltmeter"

Sebelum sesebuah gunung berapi meletus, magma yang mengalir keluar akan menolak batu-batan dengan tekanan yang kuat. Ini akan menyebabkan tanah disekitarnya mengelembung dan merekah. Perubahan kecondongan permukaan bumi ini dapat diukur dengan menggunakan meter sendeng yang dipanggil "tiltmeter". Tiltmeter terdiri daripada dua bekas separuh berisi air, disambung dengan tiub. Apabila magma bergerak naik, salah satu bekas beranjak naik, dengan itu menolak air melalui tiub ke dalam bekas yang lebih rendah, dengan itu memberi isyarat tentang pergerakan magma di bawah tanah..
 

Pengukur graviti "Gravitimeter"

Magma mempunyai daya graviti yang berbeza berbanding dengan batu-batan disekeliling. Apabila magma bergerak naik, magma menolak batu-batan ketepi. Perubahan graviti ini dapat diukur dengan menggunakan "gravitimeter". Oleh itu, semakin besar perbezaan graviti ini, semakin hampir magma pada permukaan bumi, dan semakin hampir waktu gunung berapi itu akan meletus.
 

Pengukur magnetik "Megnometer".

Secara ringkasnya "megnometer" berfungsi seperti jarum kompas yang sensitive. Apabila batu dipanaskan, ia hilang daya megnetik dan berlaku perubahan pada bacaan megnometer. Semakin hampir magma dengan permukaan bumi, semakin besar perubahan bacaan pada alat megnometer ini, dan semakin hampir waktu gunung berapi itu akan meletus.
 

Pengawasan infra-merah.

Apabila magma menghampiri permukaan bumi, semakin banyak haba terbebas pada permukaan bumi. Jumlah haba yang di bebaskan ini dapat di ukur melalui pengawasan infra-merah. Pengawasan infra-merah ini dapat dilakukan dengan penggunaan satelite, dengan itu membolehkan kawasan yang lebih luas dapat diawasi berbanding cara yang lain. Setelah sesuatu kawasan itu telah di kenalpasti, waktu yang tepat tentang bila gunung berapi itu akan meletus, akan dapat ditentukan melalui pengunaan alat-alat lain.
 

Teknik kimia.

Cara kedua dikenali sebagai teknik kimia. Teknik kimia memerlukan pengawasan gas yang dibebaskan pada kawasan mata air panas "hot spring" dan juga pada rekahan "fumaroles" pada tanah di mana gas dalam bumi dibebaskan. Apabila sesebuah gunung berapi hampir meletus, terdapat perbezaan dalam komposisi sebatian gas yang dibebaskan. Terdapat lebih banyak gas seperti sebatian klorin, sulfur oksida, karbon dioksida, hidrogen, dan radon dibebaskan. Cara ini memerlukan pakar sains untuk menghampiri gunung berapi itu dan amat merbahaya. Bagaimanapun, pada masa sekarang peralatan jarak jauh dapat dipasang pada gunung berapi, dan diawasi dari jarak jauh melalui Internet.

Letusan gunung berapi ini diawasi setiap masa disebabkan kemusnahan yang disebabkan oleh gunung berapi itu sendiri ataupun akibat bencana yang di akibatkan oleh gunung berapi itu sendiri. Lihat kemusnahan yang disebabkan oleh gunung berapi.
 

Daripada Abu Hurairah r.a : katanya Nabi s.a.w. bersabda : 
"Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." 
Dalam gelap durian gugur 
Dikumpul dapat berpikul-pikul 
Kalau tersilap boleh ditegur 
Jangan pula dipukul-pukul

Pantun Asli saya


Hakcipta terpelihara 16 Januari 2004 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fight Spam! Click Here!

See who's visiting this page. View Page Stats
wydwlmsbfnmladgkyldujlzlsxptzbdxucqqxbahrlxujmqrfbckwqinqjhzmcjjtoupbfbgxhwmnadaihzuxyktpyhfohcjjbeth